Tak habis habis dengan majalah tentang kamera, yes, akhirnya dapat jugak majalah Aperture dan Dunia Kamera untuk bulan April, walaupun terlambat tapi tak mengapa, asal ada bahan bacaan. Sebenarnya tips tips tentang fotografi berlambak di internet, ada yang berbahasa Malaysia dan juga majoritinya berbahasa Inggeris, tapi feel mebaca sambil memegang majalah ada sedikit lain, ya, sedikit lain. Lagipun majalah majalah macam ni boleh aku bawak ke tempat kerja untuk baca baca sambil menjaga budak budak pada malam hari, budak budak pun suka tengok gambar gambar yang cantik, sekurang kurangnya ada juga cara untuk motivate mereka supaya buka sedikit minda untuk dunia luar, takla cerita pasal sungai, perahu laju sehari hari, mana tau dah besar kelak mereka jadi photographer, manalah tau.
Aperture Bulan April 2012 - RM10.00, angkat di Farleysebab di Popular Books belum edarkan lagi, kali inikandungannya lebih fokus kepada teknik gambar makro
Dunia Kamera april 2012 - RM11.00 (Farley?)Kali ini fokus perbincangan tentang teknik fotografihitam putih dan juga gambar makro, haiya, bulan April bulan makro ke?Selain majalah diatas, aku juga terbeli majalah Mastika bulan April, huh, malas nak review, beginilah... mulai sekarang aku berazam melabur duit ke bahan bacaan lebih kurang RM60.00 sebulan, ini bulan gaji naik hahah!!nak cari rak buku...rak buku...
aku suka majalah 3
ReplyDeleteaku dah x tgk majalah 3 selepas Nurul Syuhada kawen
Deletexda mok beli majalah ROTTW dgn KARISMA lagik ka? wtf??
ReplyDeleteInsyallah aku akan beli Karisma sekiranya artikel yang aku bikin kelak keluar di sana :D
ReplyDelete