Tuesday, April 3, 2012

Majalah Aperture dan Digital Camera

Sebagai seorang noob dan bakal menjadi DSLR fag, aku sudah membeli beberapa naskhah majalah tentang kamera, dulu pernah jugak beli sekitar tahun 2007 tapi dah lupa apa nama majalahnya, seingat aku majalah omputih. tapi itu jam tu tak into sangat dengan dunia kamera dan gambar bergambar.

Dunia Kamera dan Aperture


Yang dua naskhah ni aku dapat daripada cawangan Popular Books jugak dekat Parkcity Mall, Bintulu. Alang alang baik beli dua sekali, dapat jugak jadi bekalan baca baca masa senggang sambil jaga budak masa kelas malam, selain dari membaca novel novel fiksyen, apa salahnya menambah sedikit ilmu tentang kamera kan? selain itu juga boleh menimbulkan minat membaca di kalangan budak budak dekat pedalaman, banyak jugak yang berminat baca bersama dan bertanya itu ini, biasalah budak budak.

Dan jawapan kepada persoalan mengapa aku berhenti bermain muzik pun atas sebab yang sama, sekarang aku lebih ke arah minat ambik gambar. Sebagai makhluk berjalan yang suka tukar tukar hobi dan minat, rasanya ini minat yang paling sesuai dengan jiwa, bergambar dan menulis, ya menulis! [walaupun tatabahasa ada sedikit hancur]. Lagipun kos untuk hobi baru ni agak tinggi bagi pekerja yang berpendapatan rendah seperti aku, kena jimat banyak duit untuk memenuhi GAS dan travelling ke sana kemari untuk kursus/belajar dari yang lebih berpengalaman, bukannya di Bintulu tak ada, memang ada tapi aku lebih selesa belajar dari kawan kawan lama di Sibu (hujan batu di negeri sendiri). Dan mangsa pertama untuk menjana dana hobi ni pulak aku akan letgo sedikit demi sedikit barang muzik aku yang ada, mungkin yang tinggal hanya gitar dan amp saja selepas ini. Prinsip aku - Kena berkorban sedikitla untuk menimba ilmu.

~Kepada kawan kawan yang masih dalam scene (MUUV)dan especially geng geng hepi;) dan Metuk Ulau Projekt, aku ucapkan selamat maju jaya dalam apa genre muzik yang anda ceburi, perjalanan muzik aku hanya sampai disini sahaja, dan berasa amat bertuah dapat bersama sama dengan kalian sepanjang pergerakan kita bersama. Ini adalah pilihan aku untuk pencen awal walaupun segalanya baru bermula~

*Jumpa di Open University :D

12 comments:

  1. welkam toda kelab bro!! Memang hobi yg menarik ni...

    ReplyDelete
  2. nanti lepas beli kamera power tetiba minat pun berubah lagik hehehehehe minat menjahit baju la plak... terpaksa la jual kamera pasal nak pergi kursus jahitan dan beli mesin jahit hehehehehehehehe
    all the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. jai, aku rasa klu kereta kontrol (RC) berkebarangkalian besar...

      Delete
    2. mesin jahit dah ada..RC pun dah ada, helikopter kontrol mungkinlaa, kalo kereta kontrol, mau yang pakai enjin hahahah!!

      Delete
    3. nasib baik di sini tiada button like hahahahahahahaha

      Delete
    4. lu masih byk benda yg perlu diselesaikan dlm scene muzik bro...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...