Wednesday, November 9, 2022

Radio Bawah Tanah Sana

Jadi ceritanya, disebabkan writers blocked yang melampau dan tiada apa apa nak diceritakan, beberapa bulan lepas aku telah create sebuah page livestream cakap cakap iaitu Radio Bawah Tanah Sana, tepat semasa aku sedang bercuti disebabkan jangkitan covid 19. Sepanjang bersiaran secara live aku telah menyawancara beberapa personal penggerak scene underground dari Malaysia dan Singapura , so pada malam esok aku dan beberapa kawan kawan dari scene akan menyawancara sebuah band punk dari kajang iaitu Ix Chel, jangan lupa temujanji pada malam esok ok.. oh ya ini adalah link untuk ke page aku tadi 

Radio Bawah Tanah Sana

 

Ix Chel



Monday, August 8, 2022

Prey (2022)

 

Naru - Heroin dalam ini filem

Prey, merupakan sebuah filem dari siri Predator yang berlatarbelakangkan era 1700++ zaman Red Indian senang ceritala aku pun malas nak mengkaji sejarah sebab menonton hanya untuk melihat aksi dan cgi ini filem.

Ternyata tontonan aku kali ini tidak menghampakan, banyak aksi aksi menarik ditonjolkan walaupun aku tidak kenal sama sekali barisan pelakon dalam ini filem, terus terang cakap filem ini memang ganas, kotor dan menjijikkan jika ditonton sekali harung. Dan boleh memberikan emosi bangga selepas habis cerita. Aku suka watak anjing pemburu yang dipelihara oleh heroin dalam ini filem, lebih terer berlakon dari pelakon drama jam tujuh di saluran perdana dan lebih bijak berfikir daripada penunggang agama.

Rating? 9/10 tolak satu mata sebab durasi agak pendek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...