Entry ini tiada kaitan dengan kemenangan Malaysia menentang Indonesia dalam acara bolasepak pada malam semalam, hanya sebagai entry untuk permulaan cuti sekolah, apapun syabas dan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya memperolehi pingat emas dalam acara tersebut, salute!!
Ok, bercerita tentang bateri cap kepala rimau, ianya juga digelar sebagai bateri lampu suluh atau di kampung aku di di Sessang sana, orang orang tua menggelarnya sebagai 'ubat lampo' , bateri ini sinonim dengan nostalgia pada tahun 1980 - pertengahan 90an, dimana pada waktu itu di bahagian tengah Sarawak masih belum mendapat bekalan elektrik yang sempurna, bukan seperti sekarang.
Aku masih teringat di era tersebut dimana orang orang tua di kampung ketagihan menonton rancangan gusti pada waktu malam, disebabkan rumah datuk aku antara yang mempunyai seketul TV pada waktu itu, maka berduyun duyunlah saudara mara, jiran dan ntah apa apa datang kerumah, memang full houselah, maka banyaklah lampu suluh bersidai atas meja, dan jenama lampu suluh yang paling popular jugak berjenama Tiger Head!
kenapa mesti cap kepala rimau? sebabnya jenama ini antara jenama yang termurah dan tertahan pada zaman itu, jika dibandingkan dengan jenama lain seperti Eveready, National, apa yang aku ingat, harga bateri ini hanya RM0.50 , jadi ianya merupakan consumable aset mampu milik kepada penduduk kampung yang sedia maklum bukannya kaya raya, hanya sekarang saja yang ada berharta sikit sebab dapat duit dari hasil kelapa sawit tetiap bulan, tapi itu cerita lainlah.
Lampu suluh dan bateri cap kepala harimau ini memang banyak sangat jasanya kepada orang orang kampung, digunakan untuk memburu, pegi balik masjid, menyuluh ayam dan berbagai lagilah.
long live tiger Head!! jasamu dikenang
air tin cap rimau xmau cerita?
ReplyDeleteAgik idupkah bateri cap kepala tiger itu? lamak sik nanga. haha. my late grandfather (may he rest in peace) kept a stock in the kitchen cabinet last time, for night watch and the cabinet was exceptionally fully stocked out during durian hunting season. hahaha. Molah entry biskut Tiger gik.
ReplyDeletenostalgia jugak artikel ni..huhuhu mengenang kisah lampau yang cukup bermakna!
ReplyDelete