Friday, December 2, 2011

Angkat besi!!!

Teruja untuk mendapatkan tees Iron Maiden, penghujung bulan lepas aku telah memborong beberapa helai tees tersebut daripada seorang rakan yang juga seorang rokes di Bintulu, dia juga peminat dan seorang pengumpul tegar vinyl band band metal local dan antarabangsa iaitu saudara Yasin, kejadian ini berlaku semasa aku hendak pergi ke Kuching, alang alang dah melalui daerah Tatau, Bintulu, jadi aku menyempat la singgah ke rumah si Yasin ni tadi, masuk masuk saja dalam biliknya, dah seperti galeri dah, mulut aku ternganga kejap melihat album dan single single IM dalam bentuk vinyl yang tersidai atas rak sebelah tv beliau. Sayangnya gambar tak sempat aku ambil sebab kamera aku pada waktu itu sememangnya udah rusak om!! sungguh tak ku sangka ada juga pengumpul tegar seperti Yasin di daerah Tatau!!

Oh ya, sebenarnya pada minggu sebelum itu dia juga ada membawa koleksi baju dan CD untuk dijual/trade semasa sesi jamming band Curse of God di Z-Studio Bintulu, banyak jugalah yang dibawanya, pada sesi jamming tersebut adalah dia offer untuk tolak Tees IM kat aku, tapi oleh kerana pada minggu itu belum masuk gaji lagi, aku terpaksa abaikan dulu, tapi dalam hati memang dah nekad benar dah.

Jadi pada minggu selepas gaji tadi, aku terus singgah kerumahnya, rujuk kepada perenggan kat atas sekali, aku telah memborong 3 helai yang bertag fruit of the loom dan gildan, semestinya size M. Disamping itu banyak jugakla T-shirt vintage dan rare yang lain, dan ada yang paling sedih, ada jugak yang rupanya seperti kain lap kaki, tapi kalo menurutkan harga kat ebay, ya Masyallah!! beribu!!


Flight666, aku sangat suka dia punya warna

Yang sebelah kiri, kalo ikut rega dalam ebay cecah jugakla RM200++!!


Tak cukup dengan itu, setibanya di Kuching keesokan harinya, aku terus pegi jejalan ke wisma Hopoh, dan terjumpa lagi tees IM kat sana, tapi banyak Siam mari..apalagi, aku angkat lagi selai, kebetulan pulak tauke kedai tersebut memang dah biasa dengan aku kerana sewaktu aku tinggal di Kuching beberapa tahun yang lepas, aku selalu memborong kaset kaset metal/rock dari beliau, untuk ini tees, aku dapat harga diskaun yang sungguh ultra saving, sehelai RM15.00


Siam Mari

Awal tahun depan sementara persediaan untuk 'Projek Mega' bak kata Ijau D. Koceng, aku plan nak kumpul material material IM , mungkin dalam bentuk vinyl jugakla barangkali (apa sudah jadi?) nilah yang dinamakan pengaruh rakan rakan sebaya huh!! up the Iron!!!
























7 comments:

  1. lain kali kalau xda t-shirt maiden saiz XL atau XXL jgn call aku, diulangi jgn call aku... buat sakit ati je terutama somewhere in time tu!

    ReplyDelete
  2. Dr. Ben,
    lain kali nak cari lagi

    Ijau D. Koceng,
    hahaha...tahun depan rajin rajinlah kita angkat besi di Ironworks parkcity everly hotel, untuk dapatkan saiz baju idaman.

    ReplyDelete
  3. selamat mengumpul sebelum projek mega...nanti dah lepas projek mega barang lain pulak yg nak kena kumpul...contohnya sofa (sila rujuk Ijau D. Koceng)...

    hahahahaha....

    ReplyDelete
  4. hahaha, Insyallah tengah mengumpul juga sikit sikit..nanti lepas projek mega ikut jejak langnkah saudara Ijau dengan langkah pertama mencari sofa hahaha

    ReplyDelete
  5. dan nnti klu dah ada sofa, jgn lupa amik gmbr gitar atas sofa...

    ReplyDelete
  6. kalo gitar atas sofa tu geng2 dead eye la alamat nya hahaha...projek mega gua dah lama berlalu dan alhamdulillah still goin strong haha...mudah2an geng2 lain pun sama ok...to bro korawk, bila mau start projek ma?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...