Showing posts with label lagu. Show all posts
Showing posts with label lagu. Show all posts

Sunday, December 16, 2018

Shocking Blue



Masa aku cari lagu lagu Nirvana untuk dilayan tengahari buta, tiba tiba ada video suggestion untuk aku, daripada komen  youtube mengatakan lagu ini adalah versi asal lagu love buzz yang dibawa oleh kumpulan Nirvana. Gila babi phsycedelic..aku rasa kumpulan ini makan LSD sambil buat lagu hahahahaha!! hahahahahaa!! haaaa haaaaa haaaaa!!

Friday, September 28, 2012

Go all the way dan kenangan mengusik jiwa

Selepas menonton filem Dark Shadow [Tim burton], di bahagian ending kreditnya terdapat satu lagu yang betul betul nostalgia bagi aku, yang semestinya lahir pada tahun 80 an haha!! lagu Please go all the way, tapi dalam itu movie, lagu tersebut dicover oleh band The killers.

Kalo didengar semula, teringat aku masa tadika, itu jam bapak aku masih berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya, Sibu, beliau memang pengumpul tegar vinyl tempatan dan luar negara[kali terakhir aku ternampak vinyl Jimi Hendrix tersorok dalam almari! wat the hell], beliau juga pernah bertugas part time sebagai pencari lagu ke ape benda kerja berkaitan penyiaran di RTM Sibu pada itu jam [tahun 1984-1990 lebih kurang], hampir setiap hari beliau memutarkan lagu ini dirumah, asal pagi masa nak hantar aku sekolah tadika memang tak sah kalau beliau tak pasang ini lagu, ada kenangan barangkali dengan kekasih lama..haiyooo!!!

Sampai kat sekolah pulak cikgu tadika aku pun suka dengar ini lagu, mungkin di sibu pada itu jam memang top main ini lagu walaupun dah terlewat beberapa tahun. Dan sekarang tiba giliran aku pulak berjangkit dengar lagu yang sama hahaha!! ohh man!! i miss my bapak nun jauh disana.

Wednesday, August 3, 2011

I Revival | band Metalcore M'sia yang boleh dibanggakan

Damn!!this is madness, rakaman muzik metalcore yang boleh dikatakan teratur, kemas dan sound yang benar benar clean made in Malaysia!!, I Revival antara band yang boleh termasuk dalam kategori metalcore terbaik di telinga aku untuk ini tahun. Walaupun aku bukan dengar dengan serius muzik sebegini (aku lebih ke arah melodic/progressive/thrash/death metal/faktor usia) Apa apapun dengarlah sound mereka,gitar memang dengar, bass yang boleh melambung kepala, pedal drum sebijik sebijik dapat dengar dengan jelas, hope aku boleh rekod sound sekemas ini menggunakan software Addictive Drum dan Amplitube3, tapi diorang ni aku rasa tak mungkin guna drum machine, sound drum mereka betul betul organik. (hei!!apasal aku cerita hal drum??)




halaman facebook mereka >> I Revival
boleh juga dengar lagu lain mereka di Purevolume

kredit to : Gamer yang Sayur for the info about this band.

Thursday, July 21, 2011

this is madness | sample song dari aku

Orait seperti yang dijanjikan, aku telah bikin satu sample song (esperimen) menggunakan software Amplitube 3 dan izotope iDrum, hasil kerahan otak selama 4 jam, gitar punya sound aku tak berkira sangat, tapi nak bikin beat drum memang ada sedikit susah, boleh download sample song di >>>>> klik ke kat sini This is madness | korawk

antara yang digunakan dalam pembikinan ini lagu:

  • Amplitube 3
  • izotope iDrum
  • Adobe soundbooth untuk menghaluskan sound
  • Behringer guitar link(pinjam dari Iskandar)
  • kustom 15w amp
  • e-view ( speaker komputer+monitor)
  • efek guitar Zoom G1next
  • gitar samick les paul alike
  • air horlick (budak asrama yang hantar)dari dewan makan asrama
  • rokok crystal filter kretek 16 untuk kelegaan
  • total masa yang dihabiskan = kurang lebih 3 jam, 1 1/2 jam untuk edjas sound drum
enjoy the song dan 2-3 lagu lain akan menyusul, stay tune

*ini lagu hanya untuk eksperimen saja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...