Friday, September 28, 2012

Go all the way dan kenangan mengusik jiwa

Selepas menonton filem Dark Shadow [Tim burton], di bahagian ending kreditnya terdapat satu lagu yang betul betul nostalgia bagi aku, yang semestinya lahir pada tahun 80 an haha!! lagu Please go all the way, tapi dalam itu movie, lagu tersebut dicover oleh band The killers.

Kalo didengar semula, teringat aku masa tadika, itu jam bapak aku masih berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya, Sibu, beliau memang pengumpul tegar vinyl tempatan dan luar negara[kali terakhir aku ternampak vinyl Jimi Hendrix tersorok dalam almari! wat the hell], beliau juga pernah bertugas part time sebagai pencari lagu ke ape benda kerja berkaitan penyiaran di RTM Sibu pada itu jam [tahun 1984-1990 lebih kurang], hampir setiap hari beliau memutarkan lagu ini dirumah, asal pagi masa nak hantar aku sekolah tadika memang tak sah kalau beliau tak pasang ini lagu, ada kenangan barangkali dengan kekasih lama..haiyooo!!!

Sampai kat sekolah pulak cikgu tadika aku pun suka dengar ini lagu, mungkin di sibu pada itu jam memang top main ini lagu walaupun dah terlewat beberapa tahun. Dan sekarang tiba giliran aku pulak berjangkit dengar lagu yang sama hahaha!! ohh man!! i miss my bapak nun jauh disana.

2 comments:

  1. Filem Dark Shadow ada sedikit mengecewakan dari segi part ending nya.filem ini sebenarnya adaptasi dr tv series tahun70an dulu tp remake ini agak kurang berjaya,sama nasib mcm planet of the apes version dr director yg sama,Tim Burton.

    ReplyDelete
  2. cerita pasal lagu...arwah ayah aku suka layan CCR,Englebert Humperdink dan Tom Jones, kami adik beradik mesti jem kalau naik kereta kena layan lagu dia....tapi sekarang...aku pulak addict dengan lagu diorang.. OLDIES RULES!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...