Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Tuesday, September 13, 2016

Steve Austin dan buku MMR

Lelaki bernilai 6 juta USD

Teringat tentang drama aksi zaman dahulu kala tentang drama Six million dollar man, yang paling saya tak boleh lupa bila Steve Austin kalau berlari mesti dalam keadaan gerak perlahan. Kalau tak silap saya ada satu movie dia digabungkan dengan bionic woman. Dan jangan lupa versi parody oleh Stephen Chow yang last sekali dia boleh bertukar jadi periuk nasik.

Oh ya, kawan kawan jangan lupa untuk dapatkan buku Mudahnya menjemput rezeki oleh Ustaz Fathuri Salehuddin. Sebuah buku yang bagus

Hanya RM20 sahaja, amat berbaloi di baca Insyallah


Monday, August 20, 2012

komplen raya untuk tahun 2012


sebagai seorang yang tak berapa penjalan di hari raya, aku sememangnya suka menonton tv sahaja sambil sambil menunggu tetamu datang ke rumah, ya, aku sebenarnya tak punya ramai kawan di kampung, nak lepak berjalan dengan orang muda pulak nanti takut pelik juga rasanya, ah, bukan itu yang aku nak ceritakan disini.

pasal tv tadi, kenapa takda rancangan sarkas macam dulu dulu?whyyyyy?

*di atas hanya gambar hiasan

Saturday, August 18, 2012

Selamat hari raya Aidilfitri




ucapan selamat hari raya kepada semua pembaca blog GKS, alhamdulillah, dah dapat set balik interface lama hahaha

Thursday, September 1, 2011

Hari raya ketiga dan foreveralone

Original Melanau family in Kampung Sessang


Hari raya ketiga dan aku berada di sekolah, terus balik sebab keadaan terlalu chaos dengan bunyi bunyian mercun dan perang meriam buluh dan ada cerita lain disebalik kepulangan aku ke hutan simpan Pandan.


Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya!!!

Esok aku dah balik ke Kampung Sessang. Sebelum itu aku nak ucapkan selamat hari Raya Aidilfitri kepada pembaca dan peng'kompelen' blog geng kereta sapu, Especially saudara Ijau, Dr. Ben di Amerika sana semoga selamat hendaknya, Coffee Girl, Berteromber, Adi Herman, Jairo, Apai Rijal, Iskandar, anonymous serta kawan kawan yang tidak terlibat secara langsung, juga kepada staff dan rakan serumah di sekolah rendah kebangsaan Pandan Sebauh. diakhiri dengan ribuan maaf sekiranya ada tersalah kasar bahasa dalam aku punya entri dan kehidupan sehari harian. Terimalah video yang aku bikin sendiri petang tadi sementara menunggu Hari Mulia yang menjelang tiba.







Monday, August 8, 2011

Bonus untuk kakitangan awam

Alhamdulillah, ada juga bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan awam sebelum hari raya ini tahun. Kenapa tidak menggunakan nama 'wang bantuan' seperti tahun tahun sebelumnya? tapi takpalah, janji ada daripada takde ye tak? lepas la sikit belanja beli perkakas kuih untuk mak aku. Tapi dalam kepala aku sudah plan mau angkat ini telefon

Nokia 1280

Gurauan???

Ada nampak aku macam bergurau?? ianya serius dan sunggguh telus!!

Kenapa mesti Nokia 1280?

Line nya kuat kat kawasan hulu, dan sungguh bergaya bila digunakan kat atas perahu.

Lagi?

Ianya murah (RM70) , kalo jatuh sungai tak le ralat sangat. Lagipula, baterinya tahan dan keypadnya amat praktikal, orang jenis macam aku just guna telefon untuk menelefon dan SMS je, yang function untuk cek emel apa semua tu mengarutla bagi aku, lagipun aku dah ada komputer kat rumah, siap dengan beg untuk bawak CPU kesana kemari heheheh!!!

apa lagi yang best tentang ini henpon?

Boleh terbang. Untuk lebih spesifikasi tentang ini henpon boleh klik kat Nokia


*Entri ni berbaur interview sebab semalam aku baru siapkan interview bersama band Erectus di blog Noise of Borneo (blog sampingan aku tentang scene metal di Sarawak dan Borneo)






Friday, August 5, 2011

Dilema mentega Goldern Churn



selama 30 tahun aku beraya dah makan ini mentega, bukan makan mentah, tapi dalam kek . . akhirnya pihak Jakim telah mengesahkan ini mentega mengandungi lemak haiwan yang suka curi telur dalam game angry birds... berita penuh boleh klik di Borneo Post Online. Macamana ye??tahun lepas pun aku borong ini mentega secara pukal dari kedai Popular di Sarikei sana untuk mak aku bikin kuih muih, bukan aku saja, kawan kawan, makcik makcik jiran sekampung yang sama turun ke Sarikei pada hari teresebut pun beli benda yang sama, entah apakah mentega yang boleh digunakan untuk ini tahun, ada cadangan??

Oh ya, aku telah bikin satu badge untuk setiap siri yang berlabel Survivor Pandan, akan digunakan sehingga siri kehidupan aku di Kg. Pandan berakhir (bukan mati, tapi dapat transfer ke tempat lain laaa) total masa yang digunakan untuk bikin ini badge lebih kurang 25 minit menggunakan perisian Adobe Photoshop CS5 siri 64bit. Kalo buat stiker kereta memang ngam sangat.

Survivor Pandan

Tuesday, July 19, 2011

Pengumuman bulan puasa dan hari Raya | the feel

Semenjak aku dah tumbuh telinga , dan pandai berjalan, tiap tiap tahun ada dua rancangan TV yang paling menarik minat aku, keluarga aku , satu kampung dan satu Malaysia iaitu pengumuman tarikh menyambut bulan Ramadhan dan sebulan lepas tu tarikh menyambut Syawal, aku gerenti sekarang ni umat Islam amnya mesti tengah sibuk prepare nak sambut bulan puasa.

Dan watak yang paling top pada waktu pengumuman tersebut ialah penyimpan mohor besar raja raja. Selama 22 tahun kita telah melihat Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah di kaca tv dalam rancangan sepanjang 5 minit approximately, dan beliau telah bersara pada awal tahun ni, secara automatiknya kita bakal menyaksikan pengumuman 2 tarikh penting tersebut oleh penyimpan mohor besar raja raja yang baru iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Entah bagaimanakah feelnya nanti...

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Datuk Syed Danial Syed Ahmad


- harap harap tiada blackout pada ini tahun -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...