Showing posts with label buah buahan. Show all posts
Showing posts with label buah buahan. Show all posts

Monday, January 29, 2018

Buah pakun, dari perspektif saya

Buah pakun, buah isu, buah nyekik, buah hantu diberi nama, buah ini juga digelar buah durian wannabe dalam bahasa hipster, dengan rasa yang manis tanpa gas, juga boleh membuatkan gigi si pemakannya menjadi kuning.

Dengan keluarnya buah ini bermakna akan tamatnya musim buah durian di Sarawak, oh buat pengetahuan anda, selain musim salji, di Sarawak ada satu musim yang tunggu tunggu setiap tahun iaitu musim buah, bermula dari dabai, engkalak, rambutan, terap dan level paling tinggi iaitu musim buah durian

Isi yang kuning..sungguh seksi

saiz yang agak comel

bersambung...




Sunday, October 25, 2015

Mengutip balik apa yang tertinggal dalam hidup

Hehe, sebagai seorang bekas remaja yang pernah hidup di zaman kegemilangan muzik 90an, saya juga tidak terlepas untuk membeli, mendengar dan menjadi peminat kumpulan Rap KRU, yes serius cerita saya pernah juga bercita cita untuk menjadi rappers pada masa itu (banyak cita cita sebenarnya, kadang kadang saya bayangkan saya seorang Slash, Kurt Cobain, Vanilla Ice dan Dr. Alban)..gaddemit macamana saya boleh terhumban kedalam jurang metal yang sangat gelap oh man.. tapi tak mengapa, di usia usia sekarang benda benda itu sudah tidak penting bagi saya, sekarang masa untuk kutip balik kenangan lama lama dan dijadikan cerita makan malam yang hebat bersama keluarga..ini antara lagu KRU faveret saya , pergh memang rappers habisla mereka pada masa itu, sekarang mereka dah tua dan tidak cool lagi..kamon Norman, Yusri and Edri, buatlah sesuatu yang bagus untuk rilisan yang akan datang, enough with Anuar Zain style

Monday, December 5, 2011

Buah dabai | dari persepektif saya

Testing testing 1, 2, 3..test tes... Entri ini saya tujukan khas kepada Dr. Ben dan Encik Berteromber yang ingin berkenalan dengan buah dabai yang saya pernah ceritakan dalam entri sebelum ini. Here it goes.

Buah dabai semasa dijual

Ok, buah dabai ialah sejenis buah yang saiznya sebesar buah kurma, bentuknya bujur dan berwarna hitam pada kulitnya, manakala result isi didalamnya may vary, ada yang berwarna kuning dan ada yang berwarna purple, untuk penggemar buah dabai yang hardcore, mereka akan memilih isinya yang berwarna kuning kerana rasanya lebih lemak berkrim disukai ramai. Manakala yang bewarna purple lebih sesuai dijadikan 'pek yek' tempoyak versi buah dabai, nanti akan saya ceritakan kemudian. Kalau di bahagian Limbang hingga ke Sabah, buah ini dipanggil sebagai buah Kembayau, rasanya Ijau D. Koceng tahu kot? tapi kalo ikut pemerhatian saya, bentuk buah kembayau lebih tirus di hujungnya dan badannya lebih panjang dari buah dabai. Rasanya pun lebih kurang.

selepas direndam dalam air panas, sedia untuk dimakan

Cara penyediaanya pula amat simple, hanya tuang air panas, dan biarkan ia terendam selama beberapa minit sehingga ianya menjadi lembut, bila dah lembut ianya memang sesuai benar dicecah dengan kicap/garam serta amatlah digalakkan dimakan dengan nasi panas serta air teh (di kampung, saya gemar makan dengan air teh, rasa lebih umph). Buah ini memang dimakan dengan nasi. Selain dicecah dengan garam, boleh juga dicampurkan sedikit dengan gula, atau lebih senang kalau ikut cara saya, buat salad versi dabai, masuk beberapa biji dalam mangkuk, tuang kicap dan tambah sedikit gula. Bijinya pula bolehlah dikeringkan dan dijadikan biji congkak ataupun untuk melastik burung atau untuk jadi batu seremban pun boleh.

Pada zaman saya masih sekolah rendah dulu, harga buah dabai boleh dikira murah, sekilo boleh dapat dalam RM2.00-RM.300 tapi sekarang harganya boleh mencecah hingga RM20.00 sekilo!! tapi sedap punya pasal, harga belakang kira.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...