Buah dabai semasa dijual
Ok, buah dabai ialah sejenis buah yang saiznya sebesar buah kurma, bentuknya bujur dan berwarna hitam pada kulitnya, manakala result isi didalamnya may vary, ada yang berwarna kuning dan ada yang berwarna purple, untuk penggemar buah dabai yang hardcore, mereka akan memilih isinya yang berwarna kuning kerana rasanya lebih lemak berkrim disukai ramai. Manakala yang bewarna purple lebih sesuai dijadikan 'pek yek' tempoyak versi buah dabai, nanti akan saya ceritakan kemudian. Kalau di bahagian Limbang hingga ke Sabah, buah ini dipanggil sebagai buah Kembayau, rasanya Ijau D. Koceng tahu kot? tapi kalo ikut pemerhatian saya, bentuk buah kembayau lebih tirus di hujungnya dan badannya lebih panjang dari buah dabai. Rasanya pun lebih kurang.
selepas direndam dalam air panas, sedia untuk dimakan
Cara penyediaanya pula amat simple, hanya tuang air panas, dan biarkan ia terendam selama beberapa minit sehingga ianya menjadi lembut, bila dah lembut ianya memang sesuai benar dicecah dengan kicap/garam serta amatlah digalakkan dimakan dengan nasi panas serta air teh (di kampung, saya gemar makan dengan air teh, rasa lebih umph). Buah ini memang dimakan dengan nasi. Selain dicecah dengan garam, boleh juga dicampurkan sedikit dengan gula, atau lebih senang kalau ikut cara saya, buat salad versi dabai, masuk beberapa biji dalam mangkuk, tuang kicap dan tambah sedikit gula. Bijinya pula bolehlah dikeringkan dan dijadikan biji congkak ataupun untuk melastik burung atau untuk jadi batu seremban pun boleh.
Pada zaman saya masih sekolah rendah dulu, harga buah dabai boleh dikira murah, sekilo boleh dapat dalam RM2.00-RM.300 tapi sekarang harganya boleh mencecah hingga RM20.00 sekilo!! tapi sedap punya pasal, harga belakang kira.
kembayau tu bahasa org2 brunei/kedayan, sbb tu start dari limbang
ReplyDeletekembayau ke dabai ke wlupun adik-beradik tp aku mmg xmakan buah ni hahaha... tp mrs. ijau suka
ooo...camtu rupanya...sekali pandang macam buah kurma pulak yer...
ReplyDeletethanks bro... next step hantar sampel ke rumah aku ;)
ReplyDeletedannggg...ini buah dabai feberet gua wooo....gua memang kipas-susah-mati (die hard fan) buah DABAI....masak dan digaul dgn garam ka, kicap ka, apa2pun memang best...paling best kalo dibuat jeruk dabai ataupun nasi goreng dabai...perghhh i'm speechless...bro ben, kalo send guna poslaju, aku takut buah ni masak sendiri dalam bungkusan kang hahaha
ReplyDeletebuah dabai ni adalah buah yang bermusim, jadi memang rare jugakla nak dapat, kirim buah mungkin x dapat tapi kalau kirim anak pokok dabai tuk ditanam boleh kot haha
ReplyDeleteni bab2 kirim anak pokok dari borneo ke s'jung ni klu xsilap perlu dikuarantin dulu selama seminggu oleh jbtn pertanian
ReplyDeleteBrperap dlm bonet kreta pun bolh msk.haha..
ReplyDeleteBrperap dlm bonet kreta pun bolh msk.haha..
ReplyDelete