Sunday, March 4, 2018

Catatan 3.3.18

Semalam satu hari yang pack bagi saya, dikira packla dari pagi sampai ke petang, dengan latihan di kolam renangnya pada awal pagi (program water drill anjuran tempat saya bekerja). Rancangan asal saya pada hari tersebut sebenarnya nak ke Miri untuk menonton gig Miri Extreme#2, tapi apakan daya demi tuntutan kerja saya akur dengan arahan tempat kerja saya, ahhh..hari lain pun masih ada peluang kan untuk menonton gig, 2018 masih panjang geng.

Bawang


Kursus water drill ini bukan apa sebenarnya, ianya satu pendedahan buat kami yang bertugas di kawasan pedalaman kerana di kawasan kami bertugas ini mudah terdedah dengan banjir. Dalam kursus ini kami belajar cara cara menyelamatkan mangsa dari CPR dan sekian sekian, saya sebenarnya masih keliru dengan jantina patung CPR itu semalam samada lelaki atau perempuan..ahhh itu cerita lain

Seleps tamat kursus di kolam renang, saya bergerak menuju ke Paragon Street Mall Bintulu untuk menonton RocknMob yang katanya tengah hype sekarang di seluruh Sarawak, masa saya sampai di sana, acara belum start lagi, masih melihat peserta peserta tengah setting instrument dll, buat pengetahuan anda, peserta peserta kali ini datang dari seluruh Sarawak bagi memeriahkan acara ini. Sempat juga saya bertanya kepada penganjur acara lagu apa yang dibawa sempena RocknMob kali ini, ok ini list lagunya


  1. berkikis bulu betis (Lagu Iban)
  2. Meniti titian usang (Search)
  3. Pawana (Search)
  4. Smells like teen spirits (Nirvana)
  5. Its my life (Bon Jovi)
Kenapa tiada lagu Foo Fighters? hahaha, ok itu hak penganjur iaitu pihak PEMUZIKA , serius saya banyak ketinggalan dengan scene muzik di Bintulu setahun dua ini kerana banyak komitmen lain,  lagipun segala alat muzik saya sudah tiada berganti dengan alat alat percetakan, ok itu cerita lain ..dalam entri lain

Keadaan sebelum rehearsal RNM
Saya hanya sempat melihat persembahan pertama daripada komuniti RNM ini semalam semasa mereka membawakan lagu hits Berkikis bulu betis, lepas itu saya berasa lapar dan kembali lepak tempat biasa saya minum minum makan makan iaitu di Abida Cafe




Bersambung...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...