Wednesday, February 7, 2018

Quantum Leap | DVD Season 1

Quantum Leap adalah siri Sains fiksyen buatan Amerika yang disiarkan selama 5 musim, ditayangkan ke udara dari Mac 1989 hingga Mei 1993. Di Malaysia, ianya ditayangkan di TV2 jam 9.30 malam setiap Rabu kalau tidak silap saya dalam tahun 90 an ( saya masih keliru antara siri ini dengan siri dokumentari Beyond 2000 kerana masa itu saya masih budak budak lagi) Siri drama ini dicipta oleh Donald P. Bellisario, dibintangi oleh Scott Bakula sebagai Dr. Sam Beckett, seorang ahli fizik yang boleh melompat/masuk ke dalam badan orang lain dalam eksperimen beliau dan tanpa disengajakan membantu orang yang di "quantum leap" oleh beliau tadi untuk menjalani hidup yang lebih bahagia, selesai sahaja misi, Dr. Sam akan masuk ke dalam badan orang lain pula dan begitulah seterusnya . Dibantu oleh Al, sahabat hologram beliau yang boleh muncul secara tiba tiba melalui pintu masa, ahhh saya pun tak berapa faham macamana cara Al ini boleh masuk dari satu dimensi ke dimensi yang lain haha..tapi drama ini memang seronok untuk ditonton. Seronok bagi saya di usia usia begini, dahulu saya selalu kata drama ini drama orang tua, sekarang saya sudah meningkat tua..nah barulah saya faham jalan ceritanya.

Quantum Leap complete Season 1 DVD
DVD ini saya perolehi daripada penjual yang sama dalam entri ini. Dengan harga RM20 (sealed copy/masih berbalut!!) semestinya satu pembelian yang paling berbaloi dan terbaik dalam sejarah hidup saya haha, senang cerita bukan mudah untuk memperolehi DVD klasik ini di Malaysia, ya, ini adalah koleksi DVD siri TV klasik yang perlu ada dalam simpanan anda, saya akan terus memburu season season lain di masa akan datang, dalam kepala saya sekarang ini tengah membayangkan saya tengah memegang koleksi siri siri Airwolf.

3 DVD
Kandungan DVD UK version



Katalog yang disertakan bersama, A- Team??hmmm

Knight Rider!!!!bapa Starlord?

Saya rasa saya saya telah di"quantum leap" oleh Dr. Sam Beckett sebab terlalu rajin menulis entri beberapa hari ini hahahaha!!!!!! Doakan saya tidak malas lagi ya kawan kawan, dan jangan lupa klik iklan iklan untuk memastikan blog GKS terus hidup

Necromancer??? itu terlalu kuno, Quantum Leap barulah hype!!!


6 comments:

  1. dapat agak sapa penjualnya, Boon kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, tepat sekali hahaha, epik dia punya stuff

      Delete
  2. Betul kt tv2 dulu.aku pun tejebak tengok cerita ni.mmg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu malam malam mak saya tak kasi tengok sebab tayangan kira akhir malam hahaha, tengah top berita jam 10

      Delete
  3. aisey...ingat2 lupa cerita ni...kena cari dan sedut ni..haha..

    ReplyDelete
  4. kalau ada nak copy sampai season 5 bang hahaha, payah nak cari fizikal copy season 2-5

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...