Sunday, February 4, 2018

Agent Orange | VSP Reissue CD





Sodom - Agent Orange , album berunsurkan  thrash metal (bukan trash!!! perhatikan ejaannya) yang ketiga dari kumpulan teutonic thrash metal  dari Jerman, memang tidak dapat dinafikan lagi, lagu lagu dalam album ini memang sengaja dicipta untuk mencengkam, mengheret serta meragut jiwa pendengar pendengarnya. Untuk ulasan profesional tentang ini album bolehlah  baca di sini , saya belum cukup  matang untuk mengulas secara terperinci album ini.


Album ini mengandungi 8 track keseluruhannya, tanpa lirik dan dengan mukasurat lipat dua yang nipis dan kedekut nak mampos, ini trademark VSP rasanya (?) tapi bukan itu yang ingin dipersoalkan di sini, persoalannya kenapa artwork/lukisan album ini sangat menarik, menarikla dari penglihatan saya, bagaimana pendapat anda?


Track pilihan saya ialah track ke - 5 iaitu lagu magic dragon (tonton video di atas), kalau dihayati, lagu ini memang sedikit gila terutama part hujung hujung lagu, memang menghasut para pendengarnya untuk headbanging dengan kronik tanpa sebab.

*Ulasan seterusnya - Kreator!!!!



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...