Beberapa bulan lepas saya telah mendapatkan sebuah mesin pemotong berprestasi tinggi jenama Cameo Silhoutte, mesin ini dicipta khusus untuk memotong kertas/stiker/vinyl/kad dan pelbagai lagi benda yang boleh dipotong mengikut kemahuan penggunanya dan semestinya memotong dengan berketepatan tinggi. Sebelum ini tentu rakan rakan dunia DIY sering menggunakan cutter/pisau untuk memotong stiker dan kad bukan? ya memang sedikit leceh bila kita menggunakan cutter/pisau untuk memotong dan terlalu banyak membuang masa. Jadi, dengan terciptanya mesin cameo ini, kerja kerja memotong stiker lebih mudah dan cepat (tapi kena di jaga jugala semasa proses memotong takut terlebih/terkurang potongan). Selain jenama Cameo Silhoutte, ada juga mesin lain yang bernama Robocraft/Craftrobo dan pelbagai jenama lain di pasaran, Tetapi bagi saya, Cameo ini pun dah cukup untuk digunakan pada masa sekarang. Untuk tujuan pembelajaran dan bisnes memotong kad secara kecil kecilan Insyallah boleh.
Bahan rujukan untuk menggunakan mesin ini kebanyakannya saya ambil daripada youtube dan juga rakan rakan printer yang lain serta majalah majalah kraftangan dari luar negara (majalah kraftangan dalam negara saya masih belum jumpa, kalau ada sila syorkan) Untuk pengetahuan pembaca, mesin ini di sambung terus ke komputer seperti sambungan printer biasa, Softwarenya juga boleh di kemaskini dari semasa ke semasa. plugin/alat ganti dan aksesori juga boleh dibeli di website cameoatau boleh dapatkan daripada pengedar pengedar alatan Cameo di Malaysia atau berminat boleh hubungi saya ;)
Cameo Sillhoute
Dalaman
majalah kraftangan dari Australia untuk rujukan
iklan daa...
Video tentang Cameo Silhoutte
Insyallah dalam entri yang akan datang saya akan terangkan bagaimana mesin ini berfungsi, mungkin disertakan dengan video sekali
Wow bagus mesin ni, time gaji nanti boleh sambar satu ni.. Heehe
ReplyDeletekalau minat buat stiker boleh dapatkan segera bro, kalau di semenanung senang cari suppliernya. boleh buat bisnes stiker kecil kecilan
ReplyDelete