Monday, December 12, 2011

Tasbih Putih | Dari sudut seorang penonton

Tasbih Putih merupakan sebuah telefilem arahan Rashid Sibir, dan telah menjadi mangsa tontonan aku di Astro Prima malam semalam. Sebabnya, sejak iklannya keluar minggu sebelum itu aku memang dah bertekad nak tonton ini cerita sebab cerita ini menggunakan Johan Asa'ari (pernah membawa watak sebagai Botak dalam drama Juvana dan watak Aril dalam slot Cinta Elisya) sebagai lead actor. Bagi aku kalau dia ni berlakon, sudah tentu cerita itu akan jadi sedikit hidup kerana dia ni memang pelakon yang special sikit bagi aku, mimik mukanya memang tak boleh blah kalo membawa sesuatu watak, memang real lah wa cakap lu!

Ok berbalik kepada ceritanya tadi, cerita ni bermula dengan watak seorang remaja bernama Rahim iaitu anak kepada seorang peniaga ikan, Rahim ni pulak memang sorang anak yang sungguh badass, sanggup mengepau duit mak bapaknya untuk kegunaan memborong dadah dan membayar hutang piutang (muda muda dah pandai nak hutang dengan along) , jadi oleh kerana mak bapaknya tak tahan melihat sikap anaknya yang sungguh tidak bertamadun dan tak tau diuntung itu, mereka sepakat menghantar Rahim ke sekolah Pondok. Ya, sekolah pondok, bukan sekolah budak nakal.


Sampai saja di sekolah pondok, kisah sebenar bermula, Rahim telah diletak dibawah jagaan Salim (Johan Asa'ari) atas arahan Ustaz yang menghandle sekolah tersebut, watak ustaznya pulak dibawa oleh Datuk Rahim Razali, pelakon yang tone suaranya memang kaw kaw!! memang tembak tepat punya tutur kata. Dan kalau dah sebut nama sekolah, standardlah, mesti ada watak crook, yang memang tak puas hati dengan si Salim dan watak crook tersebut memang tak habis habis menghasut Rahim supaya menyusahkan si Salim (mentang mentanglah si Rahim ni budak baru). Berbagai teknik kotor telah dikenakan untuk memporak perandakan kehidupan Salim, tapi oleh kerana level kesabaran Salim yang terlalu tinggi, segalanya gagal segagal gagalnya.

Sehingga ke akhir ceritanya Salim telah meninggal dunia sebab penyakit asma yang keterlaluan, dan beberapa minggu sebelum dia meninggal dunia, rupa rupanya Salim sebenarnya merupakan anak seorang hartawan (yang langsung kita tak sangka sepanjang cerita) , pesanan terakhirnya supaya ayahnya menderma kepada badan kebajikan sekolah pondok tersebut (kerana kedudukan kewangan institusi tersebut tidak berapa kukuh sebelum itu), babak ini dapat ditonton ketika ceritanya dekat dekat nak habis, iaitu setelah Salim meninggal dunia. Dan sebelum meninggal dunia juga, Salim sempat memberikan seutas tasbih putih kepada Rahim kerana dia confident Rahim memang akan berubah.

Bagi aku telefilem ini 'makan dalam' dengan jalan ceritanya yang simple, walaupun barisan pelakonnya daripada muka muka baru, tapi gaya lakonan mereka memang superb, bukan senang nak melakonkan watak watak dalam cerita berunsur keagamaan, lebih lebih lagi watak Johan Asa'ari yang biasa kita lihat melakonkan watak lelaki kejam dan bengis sebelum ini. Telefilem ini memang akan memaksa anda untuk terus duduk di sofa depan TV dari mula hingga akhir cerita, my rate for this telemovie 4 out of 5!!

1 comment:

  1. aku cuma ingat nama nya Botak ajak....nama real x ingat la...hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...