Showing posts with label metal. Show all posts
Showing posts with label metal. Show all posts

Thursday, January 8, 2026

Muzik Ekstrim : ABSU

Artikel ini kali untuk pembaca yang berjiwa kental dan metal!!! mari kita selami sejarah kumpulan ABSU, legenda black metal dari Texas, Amerika Syarikat, yang cukup unik kerana mereka tidak bercakap tentang syaitan, tetapi tentang mitologi purba.




ABSU, Pemuja Mitologi Purba dari Tanah Texas
Bagi peminat muzik berat, nama ABSU bukan asing lagi. Mereka bukan sekadar kumpulan muzik, mereka adalah "ahli sihir" dalam bentuk kumpulan muzik.

1. Permulaan yang "Kasar" (1989 - 1991)
Segalanya bermula pada tahun 1989 di Dallas, Texas. Pada awalnya, kumpulan ini dikenali dengan nama Dolmen dan kemudian Azathoth. Namun, pada tahun 1991, barulah nama ABSU (diambil daripada konsep Abzu dalam mitologi Sumeria yang bermaksud lautan air tawar bawah tanah, secara rasminya digunakan.

Anggota paling penting dalam sejarah mereka ialah Proscriptor McGovern (Russley Randell Givens). Beliau bukan setakat pemain dram yang "berhantu" lajunya, tapi juga vokalis utama sambil mengetuk dram. Cuba bayangkan, menyanyi growl sambil membuat blast beat, memang bukan calang calang orang geng!

2. Evolusi Genre: Daripada Death ke Mythological Occult Metal
Kebanykan kumpulan black metal lain di Norway sibuk dengan tema anti agama, ABSU pula memilih jalan yang berbeza. Mereka menggelarkan muzik mereka sebagai "Mythological Occult Metal".

Era Awal: Album Barathrum: V.I.T.R.I.O.L. (1993) masih mempunyai elemen death metal yang pekat.



Era Emas: Melalui album seperti The Sun of Tiphareth (1995) dan The Third Storm of Cythraul (1997), mereka mula menyerap elemen mitologi Celtic, Sumeria, dan Mesopotamia. Lirik mereka penuh dengan kisah dewa dewi purba dan sihir.




3. Trilogi "Abzu" dan Keunikan Muzik
Selepas berehat seketika (hiatus) pada awal tahun 2000, ABSU kembali menggegarkan dunia dengan projek trilogi yang sangat teknikal:

 * Absu (2009)
 * Abzu (2011)
 * (Malangnya album ketiga, Apsu, tidak sempat diterbitkan di bawah nama asal mereka).

Muzik mereka sangat laju, teknikal, dan penuh dengan pengaruh thrash metal tahun 80an, tetapi disalut dengan atmosfera black metal yang mencengkam dan misteri.




4. Pengakhiran Sebuah Era (2020)
Selepas hampir 30 tahun beroperasi, ABSU secara rasminya dibubarkan pada tahun 2020. Konflik dalaman dan perubahan hala tuju menjadi punca utama pembubaran. Namun, legasi mereka tidak mati begitu sahaja. Proscriptor kini meneruskan semangat tersebut melalui projek baru yang dinamakan Proscriptor McGovern's Apsû.

Kenapa Kena Layan ABSU?
Mungkin anda tertanya, "Kenapa blog ni nak sembang pasal band metal?" Sebabnya mudah sebab aku nak tulis hahaha. ABSU adalah kumpulan yang tidak pernah mengikut arus perdana. Mereka mempunyai prinsip sendiri, sama seperti anda yang ada cara dan gaya hidup tersendiri. Mendengar ABSU ketika memandu di lebuh raya pada waktu malam memberikan satu vibe yang cukup berbeza, rasa seperti sedang memandu merentasi masa ke zaman purba!

Kesimpulan
Sejarah ABSU adalah tentang dedikasi terhadap ilmu purba dan kepakaran teknikal dalam muzik terutama muzik ekstrim. Mereka membuktikan bahawa muzik sebegini boleh menjadi sangat intelektual jika digabungkan dengan sejarah dan mitologi yang betul.

Monday, September 24, 2018

BlackFire - Lahirnya Dari Api





Lama juga saya ingin menulis tentang band metal tertua di Malaysia ini tapi sering gagal kerana malas, ya, penyakit MALAS ialah salah satu jenis penyakit yang sukar sembuh, boleh tanya kepada doktor anda apa ubat untuk penyakit malas, kalau ada saya mahu juga ubatnya. Tapi itu cerita lainla.. anda boleh google sendiri tentang band ini. Oh ya, teringin rasanya saya hendak membawa mereka beraksi di Sarawak suatu hari kelak sekiranya ada rezeki

Bersambung...

Wednesday, May 2, 2018

Pengembaraan ke Crossover Chaos vol. 1 di Alice in Borneoland Miri, Sarawak

Pada Sabtu lepas 28.4.2018 bersamaan 12 Syaaban 1439 kalendar Hijriah, saya telah membuat keputusan yang amat mengejutkan iaitu pergi ke event Crossover Chaos vol.1 di Miri, Sarawak  untuk menonton showcase jelajah Sil Khannaz dan Uncure dalam keadaan yang kurang sihat sebenarnya, tekanan darah saya pada hari itu 145/85..ya dalam keadaan kepala huyung hayang driving 3 jam dari kediaman saya di kepulauan Pandan,  tapi itu cerita lainlah..nasib ada green juice (akan diceritakan dalam entri yang akan datang tapi entah bilalah kan?)

Saya dan seorang sahabat tiba di Miri dalam jam 3.30pm, sedikit lewat dari yang dijangkakan kerana cuaca yang tidak berapa bagus, jalan raya yang boleh dikatakan teruk jugalah dan..ya!!! dan tersesat di Pekan Niah hahaha!!! Pekan Niah, Niah yang ada gua Niah yang femes tu. Masa kami sampai baru 1st band beraksi iaitu band Nogas dari Bintulu, Sarawak, tight permainan mereka pada hari itu, di depan stage sudah berkumpul crowd untuk menyaksikan persembahan mereka..ruang ruang kosong itu biasa kerana keadaan belum terlalu panas..ok untuk gig report yang lebih panjang kita tunggu Adi Herman mengulas lebih lanjut..kerana selepas itu saya dan sahabat saya tadi pegi makan tak jauh dari tempat event, lapar woiiiii 3 jam minum air makan keropok dalam kereta, di luar sempat bergambar dengan frontman Sil Khannaz yang legend iaitu saudara Jaie dan seorang kenalan bertatoo, gambar di snap oleh Adi Herman, sila rujuk gambar di bawah

legend!!

Masa pegi makan sempat berjumpa dengan rakan rakan seunderground dari Sibu, Sarawak iaitu Zaha frontman band death metal Unconcious dari Sibu yang tengah meningkat naik sekarang ini, saya nampak mereka sibuk dengan beberapa siri jelajah pada tahun ini, keep up the good work man!! dan sorang awek vokalis kumpulan TOYS!! awek ni kira aktif jugala dalam scene kita di Sarawak, asal ada event adalah dia, tahniah dik dan kipidap!! gambar mana gambar??

Tak sah kalau masa event saya tidak membeli stuff untuk kenang kenangan, dengan wang berbaki RM100 saya sambar sekeping CD Tawanan Dosa dan siap minta sain hahaha




masa di luar , sempat juga berborak dengan geng geng Sil Khannaz, cerita pasal isu semasa dan cerita pasal memancing ikan dan udang, harap harap suatu hari nanti bolehlah kita memancing bersama kalau ada masa, Inshallah saya akan bawak ke tempat memancing yang syok syok kat tempat saya

sesi autograf

pada hari itu dengan keadaan pening, saya hanya mampu duduk di booth jualan MUUV , sekali sekala pergi depan stage, berdiri duduk ikut keadaan kepala..sungguh tidak menyeronokkan bila menonton event dalam keadaan pening ya kawan kawan, band Oi! Uncure memang tight permainan mereka, drummer sorang pompuan, kelas you!! padu haha, beat beat memang kemas, lagu pun singalong, gambar tiada sebab masa itu handphone saya kehabisan bateri, gambar pun saya minta dari kawan kawan untuk tatapan bersama di sini

Shot yang kabur sebelum bateri kong
Rumusan saya untuk event kali ini..seriously memang enjoy, pengurusan event yang flawless, tiada pressure, band, crowd semua enjoy, rating yang saya boleh beri ialah 6 out of 5!!! haha, pengalaman gig yang menyeronokkan, di /Miri saya rasa tidak keseorangan sebab rata rata crowd di sini mesra dan ramah, semua sporting geng!! next time kita jumpa lagi, semoga scene underground di Miri kekal begini, meriah, supportive dan bersatu, till next time

Bersambung...

Wednesday, January 31, 2018


The jester race, album kedua kumpulan death metal In Flames dari negara maju Sweden, album inilah yang memperkenalkan genre Gothenburg metal kepada dunia pada ketika itu, muzik metal yang penuh berirama dan gelap dalam masa yang sama, maaf kerana saya bukanlah seorang pengulas muzik professional, saya hanya pendengar sahaja, untuk ulasan professional boleh google kan saja, yang saya tahu band ini band metal tak lebih dari itu haha

Track pilihan saya dalam album ini adalah wayfarer, melayang jugala dengar instrumental tersebut

versi reissue, dengan logo lama 

inlay yang simple, macam biasa tiada lirik

Sekarang InFlames telah bertukar logo dan halatuju muzik mereka. Tidak mustahil sekiranya mereka akan kembali ke era jester race, album ini feelnya sama seperti mendengar album Amorphis - tales from thousand lakes

Sunday, July 17, 2016

GAS, Traimming, Rachun

Semalam 16.07.2016 sesi jamming MUP pertama selepas Raya 2016, tiada peristiwa/insiden yang menarik untuk sesi jamming kali ini mungkin di sebabkan mood raya masih terasa/budget kurang lepas raya/saya tiada amp/drummer tiada/lori tanah meletup ala filem arahan Michael Bay/faktor usia  atau cuaca panas yang melampau..tetapi walaubagaimanapun the show must go on, Masih banyak stage untuk kita pergi dan masih banyak gitar untuk di uji. Untuk full review boleh rujuk blog sahabat saya si Kucing Hijau


ada apa dengan Sibagul?

Saturday, July 2, 2016

Seputar Julai 2016

Beberapa minggu lepas saya telah menerima bungkusan pos yang mengandungi majalah screen printing berbisa dari negara jiran Indonesia. Screen Printer Attack!! sebenarnya majalah ini dihasilkan oleh komuniti sabloners (istilah komuniti printer di Indonesia) Sablon maksudnya cetak. Kandungan kali ini lebih kepada tutorial memisahkan/memecahkan warna secara manual (manual colour separation) dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Walaupun ada beberapa perisian pecah warna secara auto di pasaran, tetapi apa salahnya kita belajar cara manual kan? bikin manual baru ada feel ;)



Orait nak promosi sikit event seputar Julai. Bakal berlaku 30.07.2016 nanti di Sibu, Sarawak, kita akan menyaksikan band pioneer Melodic death metal bernama Vociferation Eternity bakal beraksi di bandar kelahiran saya itu nanti. Bagi metalhead yang tidak mengenali band ini anda patut convert menjadi peminat Justin Bieber atau peti sejuk..ayuh sarungkan battle jacketmu dan datang secara berjemaah. Band thrash metal tempatan dan band sahabat baik saya iaitu Militant Attack pun akan beraksi!! Tiket pun hanya RM20 perkepala, bolehla headbanging sampai lebam sial!! haha. Merchandise pun akan dijual di tempat kejadian supaya tiada cerita pasal scam di kemudian hari atau worst case scenario dihempuk kepala guna snare drum..oh ya  saya pun menunggu kehadiran mamat yang nak hempuk kepala saya guna snare drum pada hari itu nanti heheh!! pastikan snare drum jenama mahal la...

"bang, kenapa xda band space rock?pop? hip hop? raver dalam ini event?" tanya sorang kutu kepada saya..

"dik, ini event metal dik, band2 ringan abang x bawak masuk sebab diorang ni jenis tidak cool dan gila glam..geli sial aku tengok band minta puji..abang xde masa nak jilat bontot sapa2.." jawab saya selamba sambil menyedut dalam dalam asap rokok era black.




Sunday, August 25, 2013

Magnesium potassium kalsium!!!

CD Magnesium - Buried 'n' live [kompilasi] ini adalah antara cd paling rare dalam dunia besi berat di Jepun dan seluruh dunia sebab hanya diriliskan terhad kepada 500 keping sahaja, dan satu di antaranya telah selamat berada di tanganku. Mungkin ini kali pertama anda mengenali kumpulan Magnesium, band ini juga berasal dari Kuwana di Jepun iaitu sebuah kawasan perindustrian berasaskan besi dan juga ada segelintir masyarakat di sana mengatakan, pedang samurai dari Kuwana adalah di antara pedang samurai yang paling mantap pernah dibuat orang, itu cerita lainlaa...


Band ini diasaskan oleh adik kepada Gezolucifer (Metalucifer/Sabbat) iaitu Shinji Tachi, jadi tidak hairanla jika mereka juga membawa irama heavy metal yang hampir sama dengan Metalucifer tetapi dengan mood yang agak lain dari Metalucifer sendiri, dan juga suara yang tak mencapai tone, bunyi suara Noh kumpulan hujan pun ada jugak haha, bagi aku muzik ciptaan mereka lebih kepada muzik mainan kumpulan Deep Purple! dan jangan terkejut sekiranya pertama kali anda mainkan album ini, track pertama saja bertajuk Saxon akan mengingatkan kita kepada irama gendang joget lagu Melayu haha, memang terus masuk ke dalam kepala wa cakap lu!

"we have no money and no rest
but while there is one fellow
who is waiting for us we keep on playing
because we are metalbringer!"

Tuesday, December 20, 2011

Ep bulan Disember

EP band metal yang telah aku dapatkan sebelum penutupan tahun 2011 (untuk bulan disember 2011)


Kuraia | Manggas + poster (versi tak die-hard no. siri:101)

Inclinated to Devour | Excreted Torture (permainan muzik
mereka seakan Cannibal Corpse!)

Time to change | Argonist , ep ini diberi oleh Yassin semasa
menangkat besi bulan lepas


Cukuplah dulu untuk tahun 2011, simpan duit untuk tahun depan. \m/ dan semestinya pembelian yang tiada rip-off, bukan seperti ada satu label tu, label dia ok, tapi 'orang/kuli' yang manage merchandise dia memang teruk lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...