Wednesday, February 12, 2020

Aku, Underground dan Bintulu #1

Aku mula mula berhijrah ke bandar Bintulu pada tahun 2003 , sebaik sahaja selepas habis pengajian di IKM Kuching dan selepas berhenti kerja sebagai cikgu sandaran di SK Abang Moh, Sessang. Oleh kerana di kampung aku langsung tiada kerja yang menggunakan sijil kejuruteraan marin pada ketika itu, dan tekanan oleh emak aku yang risau satu satu anak lelakinya tiada kerja dan standardla di kampung bila tiada kerja mungkin boleh mencalarkan nama baik keluarga pada ketika itu...dannnn.. beliau pernah mengadu bosan duitnya selalu dipau aku untuk membeli rokok..apalah kudrat emak aku pada masa itu untuk membelanjakan aku rokok setiap hari sedangkan aku hanya mengangkang mengaggur di rumah..gila ka apa??? ha ha ha

Ok, kembali kepada cerita aku berhijrah tadi, aku ke Bintulu menggunakan Bas Lanang daripada Sibu, sebelum aku berhijrah terus, aku sempat bermalam semalam dua di rumah sahabat aku si Sulaiman. Sulaiman pada masa itu sudah beristeri dan ada seorang anak kalau tak silap aku. Dia juga seorang pemain papan selaju tegar pada tahun itu, nanti aku cuba ceritakan bagaimana perkenalan aku dengan si Sulaiman dalam episod lain

bersambung…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...