2003, Di Bintulu pada waktu itu aku tinggal di rumah pakcik aku di kawasan Kidurong, di kawasan perumahan RPR Kidurong, kawasan itu..komuniti penduduknya terdiri dari golongan working class, Bintulu Port, MLNG, BDA, kakitangan hospital dan sebagainya, kalau nak di senaraikan di sini memang tidak mendatangkan hasil kerana..kerana Bintulu sebuah bandar yang pesat membangun brader.. macam macam kerja ada. Kawasan Tanjung Kidurong memang strategik sebab di sana semua fasilitinya lengkap, hospital dekat, sekolah dekat dan jaringan pengangkutan di Bintulu pada waktu itu memang top notch!! daripada kereta sapu, van sewa, perkhidmatan bas Jepak (Jepak Holdings) , jaringan pengangkutan inilah yang memudahkan penduduk kawasan tersebut mengakses ke kawasan lain, ke bandar misalnya dengan mudah, tidak seperti sekarang, kalau tiada kenderaan sendiri dan menumpang grab memang life macam cibai lah di Bintulu.
Waktu aku mula mula datang ke Bintulu, aku bekerja sebagai guru KAFA di SK Kidurong, hahaha, ya... guru KAFA brader jangan main main. Ingat aku terus jadi engineer ke apa? tidak underground langsung bukan?Jadi, setelah menyandang jawatan tersebut, bermulalah rutin aku ke sekolah SK Kidurong 2 kali seminggu untuk mengajar kafa dengan mengayuh basikal mountain milik abang saudara aku, dalam 10 minit berkayuh dan 25 minit kalau jalan kaki. Waktu itu apa pun tiada, life memang indah syukur alhamdulillah, anda jangan mengaku punk jika tiada pengalaman begini seriously..jadi tidak hairan jika di Bintulu ada anak muda memanggil aku dengan gelaran Ustaz walaupun sejujurnya aku tidak selesa dengan gelaran itu, itu terlalu tinggi bagi golongan kutu seperti aku. Beberapa bulan selepas itu aku ditawarkan oleh kakak saudara aku bekerja di sebuah syarikat yang membekalkan tenaga kerja untuk projek shutdown/overhaul di MLNG, Serba Dinamik. Salah sebuah syarikat yang paling aktif membekalkan tenaga kerja di Bintulu, gaji pun boleh tahan jugala cuma sedikit lambat keluar..itu cerita lainla
Di Serba Dinamik aku bekerja sebagai pembantu store dengan gaji yang boleh tahan jugala. terlebih cukup untuk membeli rokok Marlboro, dulu aku bukan penggemar rokok kretek..dapat juga beli kaset kaset deicide, morbid angel dan kaset band band tempatan, kaset brader!! kaset bukannya CD, waktu itu harga kaset memang mampu milik dalam RM14-15 bukan seperti zaman sekarang, lagu macam cibai tapi harga macam celaka, rasanya adalah dalam dua bulan sebelum aku menjadi pembantu mekanikal di terminal MLNG
bersambung…
No comments:
Post a Comment