Thursday, February 1, 2018

ScreenPrinter Attack #2 - Back To Basic, ulasan saya

Screenprinter Attack#2 Back To Basic - Sebuah majalah tentang industri percetakan pakaian dari negara jiran kita Indonesia. Disana industri percetakan dipanggil sebagai Sablon. Majalah ini hasil karya beberapa individu dari Komuniti SPA yang bertanggungjawab dalam memajukan industri percetakan pakaian di sana seperti saudara Esa Hilang (Brootalstudio, Bandung), boleh rujuk entri ini untuk mengenali beliau, saudara Ompei(phaerly Maviec) dan lain lain lagi. Melalui mereka ini saya banyak belajar mengenai peralatan peralatan percetakan dengan menggunakan apa yang ada di sekeliling kita, di sana, alat cetakan mereka simple tapi boleh tahan, bayangkan photo emulsion pun mereka buat sendiri haha, ok itu cerita lain.

Kandungan buku SPA yang kedua ini lebih menceritakan sejarah industri percetakan di Indonesia amnya dengan tulisan dalam bahasa Indonesia yang mudah difahami, asas percetakan saring sutera (screen printing), kisah kejayaan pengusaha percetakan di sana seperti Jalur Tengkorak Production, pengiraan harga (cara mengecas pelanggan) , penggunaan pantone dan banyak lagi, juga disertakan dengan 13 tutorial pisah warna untuk dijadikan output filem khas untuk cetakan saring sutera, ya saya faham ada di kalangan pembaca yang kurang mengerti apa yang saya tulis ini, itu tidak mengapa, boleh rujuk google untuk nama nama yang saya tuliskan tadi ok.

Majalah ini dijual dengan pilihan pakej samada mahu beli majalah ini bersama baju/majalah dengan pendrive tutorial/atau kesemuanya. saya memilih kesemuanya dan diberi sehelai baju kerana membeli dalam kuantiti yang banyak untuk diedarkan di pasaran Malaysia, ya, saya antara pengedar majalah ini di pasaran Malaysia hehehe, kalau nak majalah ini boleh hubungi saya di page Squegeesaurus tapi kena pastikan tempahan melebihi 10 naskhah untuk jimatkan kos penghantaran, harga majalah ini kalau ditukar ke duit kita di Malaysia dalam RM70. Amat berbaloi untuk dimiliki, kerana untuk mendapat ilmu sebegini bukan satu kerja yang mudah dan murah kawan kawan, saya sendiri, seperti yang saya ceritakan dalam entri ini, sudah habis beribu ringgit semata mata untuk mendapat ilmu dalam bidang percetakan, RM70 dah dikira murah untuk orang baru yang ingin mengenali apa itu industri percetakan pakaian, terlalu murah.

OK sebenarnya kita di Malaysia juga mempunyai beberapa individu yang hebat hebat dalam dunia percetakan pakaian malah ada yang lebih hebat daripada pencetak pencetak lain di luar sana, tapi itu bukan benda yang dipertandingkan, ini berkenaan minat dan obsesi sebenarnya. Inshallah di masa akan datang, sekiranya ada rezeki saya akan berjalan ke serata Malaysia untuk menemuramah rakan rakan pencetak baju, manalah tau kan..ada rezeki saya teringin juga untuk menerbitkan majalah seperti SPA ini, kerana untuk mencapai kesempurnaan dalam menuntut ilmu, kita kena selalu berkongsi maklumat, satu keluar sepuluh masuk itu bagi yang faham konsep menuntut ilmu.

Semoga akan ada lagi kesinambungan majalah ini pada isu ketiga kelak.Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya industri cetakan pakaian ini adalah antara industri yang boleh dianggap besar juga di serata dunia, kerana kita sebagai manusia setiap hari perlukan pakaian, senang cerita ini satu industri yang dijamin sampai kiamat. Kerana manusia mana yang tidak perlukan pakaian hahaha!! Ok yang itu saya sambung di bahagian lain


Screen Printer Attack #2

Antara kandungan majalah

Isi yang padat dan kualilti kertas majalah yang tebal/berkilat


Bersambung...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...