Ramai rakan bertanya kepada saya berapa kos untuk memulakan biz screen printing (cetak menggunakan jaring sutera) ingin saya cerita di sini, terus terang cerita..setakat ini saya telah habiskan RM20 ribu plus plus untuk pembelajaran, daftar perniagaan, daftar ejen pengedar baju,membeli peralatan dan sebagainya (itupun peralatan yang saya gunakan 100% saya bina sendiri menggunakan bahan2 kayu, kau apa tahu? kau tahu beli dan pakai baju) saya habiskan sebanyak ini supaya tiada pihak pihak mengungkit di lain masa(sebenarnya ada option yang lebih murah, kalo nak cara ini boleh jadi kuli saya selama 6 bulan dan saya akan dedahkan caranya haahha) Ini belum termasuk masa yang telah banyak saya habiskan untuk belajar membuat filem/blok yang betul betul sharp. (simulated process, index colour separation, halftone, cymk, cymkw arghhh banyak lagi method, sampai mati tak habis study ) Yang penting untuk menjadi screen printer ialah perlu untuk mengorbankan masa study adobe photoshop dan adobe illustrator (ini yang paling mahal untuk dikorbankan sehingga berat badan saya susut hampir menjadi bangkai kerana terlalu banyak berfikir hahahaha) . Setahun lebih saya habiskan wang dan masa untuk belajar teknik dan tips marketing. Insyallah selepas raya saya akan fokus untuk membangunkan Squegeesaurus. Mungkin masa lepak saya sudah tiada. So kepada yang selalu bertanya tentang kos dan modal..jawapan anda sudah ada di atas. Untuk masuk dalam industri perlu korbankan wang dan masa dan juga jangan lupa bersedekah..bab sedekah saya akan cerita di lain entri Insyallah
Kepada noobis yang kata RM500-RM1500 itu mahal untuk belajar screen printing, baik anda belanjakan RM500-RM1500 itu tadi untuk ambil lesen lori sebab seorang screen printer bukan jenis yang berkira untuk bayar ilmu ilmu yang bakal dipelajari. Kita jumpa tok guru silat pun kena bagi pengeras supaya ilmu yang dibelajar lebih ampuh
terbaik bro..kalo dah minat dan ada kemahuan memang terpaksa berkorban la walau wang ringgit pun..moga sukses dan makin maju bisnes kau bro
ReplyDeleteamiiin bro. inila hakikat sebenar kos perniagaan yg org lain x nampak. orang kata orang niaga ni kaya2 tapi realitinya kami kais pagi makan pagi jugala buat balik modal..sedih haha
Deletelagi epik kalau bergaduh dengan partner...
ReplyDeletecivil war antara company haha
Deletesenang-senang singgah la blog yusrina pula yer bro :-
ReplyDeletehttp://albumretro.blogspot.com
Insyallah saya akan singgah selalu, unik blog tu bro ahahaha, dalam review album ada selit2 cerita terbaek dan kipidap
Deletelagi satu ni bro, boleh nak request.. tolong add blog yusrina masuk bloglist geng kereta sapu nie yer.. saya dah pun add bro korawk punya blog masuk bloglist saya jugak.. sama-sama kita membantu demi menaikkan ranking blog masing2.. dongibab bro.. huhuh
ReplyDelete