Chosen - Better late than ever [2013] |
Mengenai sound, sound album ini memang mantap bila didengar menerusi speaker desktop komputer aku..altec lansing saja maaa... ternyata sentuhan akhir untuk sound album ini memang sesuatu yang boleh dibanggakan, mungkin yang terbaik setakat ini untuk kualiti rakaman band underground tempatan [underground ke?] dan jurutera adunan untuk album ini ialah Mus dari kumpulan May, mungkin telinga dia sedikit cerewet dan mahukan yang terbaik, aku pernah terbaca album ini sepatutnya keluar beberapa tahun lepas tetapi mungkin faktor bunyinya yang diorang titik beratkan..wallahualam
6 lagu dibahagikan kepada beberapa bahagian, paling panjang berdurasi 31.25 minit!! |
Ok, kali ni pasal muzik mereka [ aku ulas dari sudut pandangan seorang pemain muzik amatur],
gubahan muzik mereka untuk album kali ini memang dah jauh lari dari album pertama mereka yang bertajuk Pray and Obey [2000] tapi unsur gamelan/zapin/kejawaan memang masih kekal, syabas aku ucapkan, part begini memang aku suka. dan juga muzik mereka sekarang lebih dekat dengan muzik kumpulan dream theater, guitar work/solo yang marvellous!! [Petrucci+Malmsteen detected!!], bass bunga bunga, kibod yang awesome!!! aku puji cara permainan keyboard mereka, sound keyboard memenuhi semua ruang dan penggunaan keyboard secara maksimum, tidak malu jika aku katakan permainan keyboardnya hampir kepada permainan keyboard Jordan Rudess dari DT, mengenai dram pula, percubaan pemain drum the chosen untuk mendapatkan stroke seperti Mike Potnoy DT juga 50% berjaya dan banyak menggunakan beat beat 1/2 1/2 bar dan sukar untuk diduga, memang mereka cuba untuk jadi Dream Theater!! mereka memang betul betul mainkan progressive metal/rock di landasan yang sebenar pada kali ini.
Mengenai vokal pula, sekarang mereka menggunakan dua orang vokalis iaitu Aman Graseka dan Eeman, kedua duanya memang ada kelebihan tersendiri, tapi untuk album kali ini aku pilih suara Eeman berbanding Aman Graseka [sorry ya aman!!] atas faktor dia dapat tarik suara tinggi tinggi, aku memang suka dengar vokalis yang suka tarik tarik suara, macho hahaha, trademark suara King diamond yang dibawa oleh Aman Graseka pun aku puji, cuma tak berapa sharp seperti dulu. pujian juga kepada lagu lagu ciptaan mereka yang memberi kesegaran semula selepas penat bekerja sehari hari.
Overall rating aku untuk album the chosen kali ini : 4/5 , 13 tahun menunggu memang sesuatu yang amat berbaloi. semoga mereka akan terus berkarya untuk masa yang mendatang, sekiranya mereka akan bermain live, pasti aku akan berada di barisan hadapan [kalau ada live laaa] kepada yang diluar sana, aku harap, korang dapatkanlah CD ini, berbaloi untuk memilikinya, siapa lagi yang akan menyokong industri musik progressif tempatan kalau bukan kita.
"Kerna untuk semua.. tuhan membalas amalannya..demi yang dikasihi..
aku pergi usah ditangisi"
*untuk review yang lebih detail pasal ini album, sila baca di blog ini >>>> DTE
Nice review..tq so much bro.nanti aku nak cari jugak la cd ni.aman graseka suara dia ala2 king diamond kedengaran menarik tu..kalo dia bersolek mcm king kena tak?heheh
ReplyDeletekena pakai wig baru ngam hhaha
DeleteWalaupun x berapa into Prog Rock, tapi cd tok mcm a must-have jak haha...tahniah
ReplyDelete