Dipendekkan ceritanya, aku mula berminat untuk bermain main dengan teknik foto berus dawai ni semenjak akhir tahun lepas, yakni semasa masih belajar teknik light painting menggunakan LED daripada You tube, first impression aku, WOW this is madness, ini lagi syok! mengenai perkakasan pula, amatlah simple dan mudah dapat, anggaran budget dalam RM5.00 pun dah cukup , antara yang digunakan ialah kabel [samada tali, kabel besi lembut, paling bagus guna kabel besi, untuk keselamatan]. alat pemukul telur, mudah dapat jugak, beli yang murah dahle..pastikan saiz medium, ini untuk digunakan sebagai bracket tempat menyimpan dawai besi tadi, dan juga yang penting steel wool, boleh dapat kat mana mana kedai hardware, mini market. Pemilihan steel wool juga amat penting untuk hasil akhir ini projek, pilih yang paling halus, no. 0.0 atau 1, yang tebal amatlah tidak digalakkan, aku pernah guna hahaha, hasilnya memang teruk, dan tiada safety.
Aspek keselamatan juga diambil kira, gunalah baju lengan panjang, seluar panjang dan topi, aku biasanya guna topeng tebas rumput, naya kalo percikan api kena dekat rambut dan kulit, melecur dia lain macam, orang katala...setakat ni takdalah sampai melecur, rasa kena bunga api adala sikit sikit. Pemilihan tempat juga penting, sebaiknya lakukan di atas permukaan simen/tar kerana ianya tak akan terbakar, kalo buat atas rumput, kena periksa dulu sebelum balik, nak buat jugak, cari permukaan rumput yang basah, selepas hujan.
|
perkakasan yang digunakan |
Untuk setting kamera, aku biasa menggunakan setting
F/8
ISO100 , 200
Bulb/25 sec
kalo boleh guna widelense.
ok itu saja untuk tips hari ini, selamat mencuba dan semestinya bersambung~
Xda video tutorial mcm yg dlm youtube ka pok?
ReplyDeletemenarik... baru tahu macam mana nak pasang steel wool tu...
ReplyDelete