Sunday, February 12, 2012

Kenangan rumah lama

Dulu masa pertama sekali aku posting di Kg. Pandan, aku pernah tinggal kat rumah ni sebelum ditempatkan ke kuarters baru 2 tahun lepas, memang banyak kenanganlah rumah ni, dengar dengar tak lama lagi akan dirobohkan kerana pihak sekolah nak bikin bangunan PraSekolah baru kat sini, oh ya, bangunan ini telah dibina pada tahun 70an, mula berfungsi sebagai dewan makan sekolah, ya! dewan makan, bagi readers yang tak pernah merasa tinggal kat asrama waktu sekolah rendah memang janggal rasanya, tapi bagi aku ini normal di kawasan kawasan pedalaman, Sarawak amnya, sekolah aku dulu lagi gore haha.

Kalo diperhatikan dari segi binaanya, walaupun nampak macam nih, tapi ianya masih kukuh, seriously, dalam tempohmasa dua tahun aku tinggal kat rumah ni, ianya kebal dari serangan ribut, ribut biasa biasa saja, kalau ribut taufan memang leburlah.. dan juga kalis hujan lebat, tanpa kebocoran, betapa hebatnya ketukangan pada zaman dulu dulu.



pandangan depan

Dulu pokok bunga raya kat depan rumah tu banyak ayam kampung (peliharaan)bertenggek malam malam dan juga jadi sarang haiwan berbisa seperti ular, budak budak asrama juga pernah claim melihat kelibat makhluk aneh di kawasan tersebut, tapi nantilah aku ceritakan dalam siri terbaru aku yang akan datang dalam blog siri bercakap dengan..



pandangan sisi/belakang, jangan tengok sangat kat tingkap tu haha

yang ni pulak pandangan sisi, sebenarnya rumah aku bersambung dengan rumah ni (double), besar sebenarnya, selepas dipotong dua, bertampallah dinding zink kat tepi tu, kenangan yang tak boleh aku lupakan bila projek meroboh sebahagian dari rumah ni, hampir lagi kepala aku berkecai dihempas oleh alang rumah yang jatuh ngam ngam sekaki dari tempat aku berdiri, time nak mengelak, boleh pulak kaki aku terperosok ke dalam lubang kat lantai rumah, memang thrill lah itu jam, malang double trouble.


pemandangan dari tingkap belakang rumah

Pandangan dari belakang rumah lama, dulu, 20 tahun sebelum aku menjejakkan kaki kat sekolah skang ni, pernah diceritakan oleh penduduk kampung dan staf veteran sekolah, kat sini dulu pernah ada bangunan asrama lama dan kuarters guru, susah nak percaya tapi kena percaya jugak, kalo pegi sikit ke dalam, silap haribulan boleh terjatuh dalam telaga lama (telaga asrama), by the way, ini hanya pandangan mata kasar seorang manusia, disebaliknya, ada satu kisah yang taklah berapa misteri sangat, kat kawasan ni sebenarnya sebuah perkampungan bunian (ini dari pengalaman aku sendiri dan kisah sebenar, bukan cuba meniru karangan Tamar Jalis) Wallahualam.. apa apapun, kenangan kat rumah lama ni memang banyak, orang yang pertama sekali sedih rumah ini dirobohkan kelak ialah aku.. TAMMAT

5 comments:

  1. ngutik juak rumah ya pok...daif pun ada...tapi ya lah hakikat dunia...x semua org diam di rumah mewah....huhuhu sadis...

    ReplyDelete
  2. Ijau: rasanya rumah bersamamu tv3 bagus gik dari tok haha
    Adi : hakikat sebagai seorang penjawat awam, syukurlah kinek tok ada rumah yang lebih selesa

    ReplyDelete
  3. seriously this is sadness...bukan madness

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...