Tuesday, January 31, 2012

Januari 2012 yang penuh dugaan

Bulan Januari 2012 merupakan bulan yang maha getir bagi aku setakat ini, inilah dugaannya bila menjadi anak sulung dalam keluarga, segala tanggungjawab terletak di bahu aku selepas seorang bapa, ya, walaupun aku masih ada bapa tetapi aku perlu juga memikul ini tanggungjawab sebaik mungkin, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?

Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”

— Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) –

ya, sudah tiba masanya aku berikan servis yang terbaik kepada kedua ibu bapa, mengenai hadis di atas, aku terdengar dalam siaran radio semasa dalam perjalanan balik ke Bintulu minggu lepas, entah dah lupa siaran mana tapi ianya betul betul mengena dengan keadaan aku tempuh sekarang, ya aku tak pernah terlepas daripada dosa melawan ibu bapa, tapi harap harap dengan cara ini sajalah dapat membantu meringankan beban mereka . . . Miss the Hepi;) time dengan kawan kawan, tapi apakan daya, aku perlu settlekan beberapa hal dahulu sebelum dapat teruskan aktiviti seperti biasa.


4 comments:

  1. Sapa di katil ya Korawk? Harapnya ok dan cepat sembuh. Happy belated New year! all the best!

    ReplyDelete
  2. ejaan "hepi;)" adalah disengajakan?

    xpa
    family 1st
    music later...

    ReplyDelete
  3. bro, harap tabah menghadapi dugaan, anggap ianya Kifarah (penyucian dosa dari dtgnya dugaan) kpd kita, sesungguhnya Allah menyayangi org2 yg sabar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...