Bermula dengan insiden pada hari Isnin lepas..aku dapat detect buah pinggang aku ada problem, infection kata doktor dan secondly darah aku dah mula naik meninggi 160/90 (tak normal).. akibat terlalu aktif di usia muda barangkali.
Dan yang ketiga, isu true metal yang tak sudah sudah dalam komuniti, what the hell, apa yang truenya? apa klasifikasi sebagai seorang True metalhead, metalhead sejati? di mana yang sejatinya? bertanduk di kepala kah? aku pun tak faham, ni la perangai metaller kita , terlalu obsessed dengan pengaruh dunia barat, sehingga ada yang cuba nak tunjuk hero dalam Facebook, nama group bukan main, Underground bla bla bla, orang yang post dan komen kat dalam pun bla bla bla tak tentu pasai bagai... sepak satu kali baru tau rock tak rock! Semua nak tunjuk hero dengan pendapat mereka yang tak guna akal, jiwa dan fikiran yang waras sebagai manusia yang matang. Pada penglihatan aku, mereka ni bukannya muda remaja, dah kerepot jugakla sket, tapi cara komennya tak matang langsung. Tapi Bukan Metuk Ulau Underground Voice ar.. (Adi Herman: haha) Perasan atau tidak, manada istilah underground kalo sudah di public kan dalam group facebook, dimana kesilapannya? apa yang underground? bawah tanah? terowong bawah tanah? Blood pressure monitor?
Bagi aku, metal hanyalah satu muzik berbunyi keras dengan gentelan gitar yang kasar dan suara penyanyi yang macho atau growl serta lirik yang mempunyai berbagai mesej samada kebencian, baik buruk, sosial, politik dan sebagainya. Bagi aku la, di usia usia begini, sepatutnya takda lagi timbul isu true (apa yang true?) tak true, yang penting muzik yang boleh telinga, jiwa kita dengar dan faham, dan kepada personal personal band yang rasa dirinya true tu, secara tak langsung kamu inginkan populariti daripada apa yang kamu ingin sampaikan (carila sundal sundal jalanan untuk jilat ko punya jubor) kamu inginkan nama, inginkan orang hormat dengan segala yang benda kamu sampaikan walaupun benda yang kamu sampaikan entah dari planet mana datangnya, maaflah aku tak berminat, banyak kerja lagi nak buat sebab aku bukan obsessed macam kamu. Aku hanya seorang pendengar lagu metal biasa biasa saja bukan seperti kamu yang sungguh Hail!!Amir..
Satu lagi sikap metaller yang perasan true rasanyalah, suka sangat memperlekehkan koleksi, rig orang orang amatur macam aku, dan ada juga yang mengutuk kata tak boleh download, kena support beli ori, Otak dia ori! ingat aku ni berak keluar duit ke nak beli CD hari hari? boleh bankrap woo!! Ok, sebenarnya aku hanya beli CD/stuff bila perlu dan mengikut apa yang aku minat, tak bermakna aku seorang poser dalam scene, gig pun aku turun (kalo sempatlaaa) tapi itu cerita lama daaaa...suka hati aku la nak buat apa dengan diri aku, aku nak dengar lagu Mariah Carey sambil tertonggeng kaki ke atas ke, aku nak pakai baju Mayhem time nak bayar zakat fitrah ke, itu aku punya hal, dah mati kelak kubur gerenti lain lain, tak payah risau, semua dapat satu lot sorang, kalo ada yang mati lemas mayat tak jumpa tu aku tak taula. Ini lagi mau kompelen.
Ni baru scene metal, nampak benor tak matang, bila band mau maju? baru keluar satu, dua demo/ep dah nak kutuk sana sini, kalo dah sign dengan label besar rasanya lagi la angkuh, sombong bongkak dan takbur. Kalo begitu rupanya, kirim salam sama kamu punya band, go to hell with your attitude you son of a b***h, aku takkan keluarkan sesen pun untuk beli lu punya produk. Jarang aku nak rage, tapi oleh sebab beban yang tak tertanggung ni aku rage la jugak sebanyak 50%, nak rage lebih lebih plak nanti boleh kena stroke, bila dah kena stroke, jenuh member serumah nak hantar ke hospital. Dahla hospital jauh.
Ni la hakikat yang perlu aku tempuh selama bergelut dalam scene dari awal 90an dulu, isu true tak true, dan juga masa sekarang makin serius parahnya, lagi banyak yang mengaku knowledge dia lebih up to date dan dressing lebih ranggi serta gear yang super marvellous superb boombastic!! Dah macam pertunjukan fesyen la pulak, lepas tu bila ada barang baru sikit, amik gambar post dalam facebook tag sana sini, show off tak kena tempat dan benda yang di tag tu aku langsung tak berminat (lainla kalo ada tag gambar makanan,itu aku suka!!) aku tak suka di tag dan aku malas nak main tag tag kecuali perlu. Haaa..berbalik kepada isu underground tadi, apa yang undergroundnya sekarang? apa jadahnya gelaran underground bila semua orang nampak apa yang kau tag, bila ko tag kat aku, secara automatik mak aku pun boleh nampak apa yang kau tag di wall aku melalui facebook beliau di kampung sana (serius mak aku ada facebook, tapi adik aku handle laaa...kes takda kerja mau bikin, habis satu kampung orang tua dia buatnya facebook, malas mau cerita panjang itu dia punya hal, nakal tak habis habis)
oklah...cerita aku berakhir disini dan diakhiri dengan gambar upacara karaoke di K Box, City Point Bintulu petang tadi, satu lagu singgit.
Kepada personel yang terasa, aku minta maaf, suka hati aku la nak tulis serupa sampah kat entri ini kali, jangan asyik nak kutuk sana sini, sesungguhnya tak ada yang true melainkan 'YANG MAHA KUASA' di atas sana,lainla kalo ko dah convert your religion ke jpeg, mpeg ka..itu aku tak boleh nak komen haaaaaaaahahahaaa!!!
bab tag-mentag tu mcm terkena pulak aku ye~
ReplyDeleteaiya..kalo kawan kita kenal tk kisah li, ni yang kenal kenal dalam facebook tah dari planet mana mnegetag tu yang bikin parah
ReplyDeletesape tu heheh macam ruang desas desus dalam harian metro je
ReplyDeleteAdela tu...diorang add kita dalam dalam group FB dan kutuk lebih2..susah ini macam..ni bukan harian metro lagi dah bro, boleh masuk harian metroll Obefiend haha
ReplyDeletetetiba cerita psl Obifiend haha....lu memang serius WTFBBQ!!! rilek la Rol, bagi aku isu2 mcm ni malas la aku nak ambik port, kita sama2 dah dewasa, terpulang pada kita dan persepsi masing2 utk membuat definisi tentang muzik Metal yg kita cintai ini.
ReplyDelete