Saturday, July 9, 2011

Siri Makan dari malam semalam

Semalam, selepas settle mengangkat barang/alatan pengebumian dari Surau Kg. Kemunting, Bintulu, untuk dihantar ke rumah makcik Nasuki yang baru meninggal dunia pukul 5.30 petang kelmarin, ( al-Fatihah untuk arwah) aku, Rizal, Rashid dan Nasuki bergerak menuju ke Farley Food Court (bersebelahan dengan pasaraya Farley) disana kami mengorder nasi goreng seafood + ikan bakar(ikan sebelah) + ayam panggang + sayur + sotong dan beberapa jenis minuman, aku mencuba watermelon jus di sana, memang umph, selesai sesi lepak lepak + kenyang sampai tak larat nak berjalan, kami bergerak balik semula ke rumah Nasuki.

Dan pagi/tengahari tadi, sebelum aku dan Rizal bergerak pulang ke Pandan, sempatla dibelanja makan oleh beliau (Rizal) di H5-5 Restaurant Pizza & Pasta, terletak bersebelahan dengan Petronas Parkcity, belakang ofis Harbour Link( semasa entri ini ditulis)

Di sana kami mencuba beberapa menu antaranya :

  • Cannelioni Di Polo
  • Ciabatta E Bistecca
  • Fagottino Di Monzo
  • 9" pizza and topping
  • watermelon juice ( aku punya sebab nak try yang kat sini plak)
  • Chocolate
Boleh tahanlah rasa menu diatas, nama memang susah nak sebut, tapi sebenarnya rupa bentuk lebih kepada burger/hotdog saiz besar dan rasanya memang superb, se- superb namanya! harga pun medium, tak berapa mahal sangat, suasana dalaman restoran pun ok, kemungkinan aku akan makan lagi disana

Sesi makan tak hengat!!!

-Watermelon Juice?????-

4 comments:

  1. rasa pizza di hi-5 ya blh kalahkan pizza di pizzahut x?

    ReplyDelete
  2. semestinya dapat kalahkan rasa pizza di pizza hut

    ReplyDelete
  3. tambah gik gambar makan! bab makan2 tok feverit. camne rupa Cannelioni Di Polo tek? ada kedak F1 driver ya tek kah, lupak sapa nak namanya.

    ReplyDelete
  4. cannelioni di polo, hurrmm..lupak dah nak bezakan sigek ni hahaha. mungkin nak macam sup+ayam ya kali, ataupun burger saiz besar..bahasa itali yang mengelirukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...