Venue : Niah Ballroom Regency Plaza hotel Bintulu
Date: 26.03.2011
Tickets : RM12.00
Orait First of all aku nak mintak maaf pasal ini review secara simple dari aku, dan aku hanya dapat review 2 band secara tepat kerana aku hanya sempat tengok sampai habis dua buah band ini beraksi ketika aku disana pada masa gig tengah berlangsung, dua buah band iaitu Metuk Ulau Projekt dan Erectus, kepada band band lain yang tidak dapat saya review disini, janganlah kecewa dan berkecil hati, almaklumlah aku masih baru lagi dalam scene underground/metal di Bintulu, baru nak belajar, baru nak mengenali kawan kawan yang alirannya sekepala dengan aku di Bintulu secara amnya. Tapi, aku berani janji, lain kali bila ada gig, sila inform awal kepada aku, supaya senang aku bawak kamera video ka ataupun apa apa yang patut semasa turun, dan seriously, aku pada hari tersebut aku tak standby apa apa gadget untuk merakam aktiviti di sana, hanya sebiji kamera Sony murahan (this is madness!!)
Ok, Band pertama ialah Metuk ulau Projekt, dibarisi oleh Adi Herman (tauke MUUV) di posisi bass, Rizal yang menggalas tugas sebagai pemain gitar/gitar utama, dan Rashid Malim di bahagian Drum. Mengikut sejarahnya band ini ialah sebuah band projek yang diilhamkan oleh Rashid Malim (ex-COG) beberapa bulan sebelumnya, menggabungkan beberapa veteran daripada band band yang bermastautin di Bintulu seperti Erectus (Rizal) dan Regiment of Kid do-wrong (Adi Herman), angkara tangan gatal nak main' akhirnya projek band ini pun direalisasikan juga. Berpaksikan genre Grindcore, mereka mempertaruhkankan nasib mereka untuk perform pada gig SIOL.
Soundcheck berlangsung dalam masa 15 minit, humming yang terlampau memang kedengaran, nasibla soundman bijak mengedjas sound pada hari tersebut, kalo tak, dah lama aku blah.
Lagu pertama yang didendangkan secara buas ialah lagu cover daripada Napalm Death iaitu You Suffer, gentelan gitar yang serius dahsyat dan memekakkan, geseran bass yang menenggelamkan kegusaran dan dentuman drum yang membuatkan crowd seolah olah hilang punca , mereka bermain dengan lancar dan permainan mereka sangat tight, langsung tidak memberi ruang untuk bernafas!!
intro lagu kedua Siege of Power | Napalm Death mula kedengaran, aksi headbang pemain bass yang melampau mula menarik sedikit demi sedikit crowd ke depan dan banging bersama, itupun dapat dihitung dengan jari ( ed-kesal sedikit dengan crowd zaman facebook) Permainan gitar yang mantap daripada Rizal..thumbs up for this guy, dan drum yang boleh bikin jiwa goncang, siapa tak kenal Rashid Malim?? ternyata MUP memang terdiri grinder2 yang berpengalaman!!
Lagu ketiga daripada MUP pada petang tersebut ialah cover daripada Sepultura | Troops of Doom , aku sempat berseloroh sekejap dengan vokal ini band bila lagu ini dimulakan "pok!!keras jangan lupa lirik??" Tanpa membuang masa, mereka terus mentroops of doom suasana di Niah Ballroom, kelihatan crowd ada yang masih terduduk di sudut sudut tanpa bersemangat nak masuk ke moshpit, damn!!!what a faggot we got there!! hanya yang kelihatan wajah wajah veteran, mana perginya jiwa metal crowd sekarang, takkan la nak moshing pun ada kompromi? penat tau orang main kat depan!
Lagu terakhir dan lagu wajib untuk peminat Napalm Death, Suffer the children!!! Adi Herman dah start banging, aku masih terpinga..why??? yes!! I know the answer..ini wajib banging dude!!aku yang sedang merakam video mereka pun turut headbang, no wonder aku punya rakaman semuanya tak clear haha!!!
No comments:
Post a Comment