Beberapa bulan lepas saya telah mendapatkan sebuah mesin pemotong berprestasi tinggi jenama Cameo Silhoutte, mesin ini dicipta khusus untuk memotong kertas/stiker/vinyl/kad dan pelbagai lagi benda yang boleh dipotong mengikut kemahuan penggunanya dan semestinya memotong dengan berketepatan tinggi. Sebelum ini tentu rakan rakan dunia DIY sering menggunakan cutter/pisau untuk memotong stiker dan kad bukan? ya memang sedikit leceh bila kita menggunakan cutter/pisau untuk memotong dan terlalu banyak membuang masa. Jadi, dengan terciptanya mesin cameo ini, kerja kerja memotong stiker lebih mudah dan cepat (tapi kena di jaga jugala semasa proses memotong takut terlebih/terkurang potongan). Selain jenama Cameo Silhoutte, ada juga mesin lain yang bernama Robocraft/Craftrobo dan pelbagai jenama lain di pasaran, Tetapi bagi saya, Cameo ini pun dah cukup untuk digunakan pada masa sekarang. Untuk tujuan pembelajaran dan bisnes memotong kad secara kecil kecilan Insyallah boleh.
Bahan rujukan untuk menggunakan mesin ini kebanyakannya saya ambil daripada youtube dan juga rakan rakan printer yang lain serta majalah majalah kraftangan dari luar negara (majalah kraftangan dalam negara saya masih belum jumpa, kalau ada sila syorkan) Untuk pengetahuan pembaca, mesin ini di sambung terus ke komputer seperti sambungan printer biasa, Softwarenya juga boleh di kemaskini dari semasa ke semasa. plugin/alat ganti dan aksesori juga boleh dibeli di website cameoatau boleh dapatkan daripada pengedar pengedar alatan Cameo di Malaysia atau berminat boleh hubungi saya ;)
Cameo Sillhoute
Dalaman
majalah kraftangan dari Australia untuk rujukan
iklan daa...
Video tentang Cameo Silhoutte
Insyallah dalam entri yang akan datang saya akan terangkan bagaimana mesin ini berfungsi, mungkin disertakan dengan video sekali
Sekadar perkongsian, ini ialah destinasi persinggahan saya di masa akan datang dalam usaha menuntut ilmu percetakan pakaian. Untuk pengetahuan pembaca, pemilik Brootal Studio iaitu saudara Esa Hilang ialah seorang yang aktif menulis majalah tentang kaedah percetakan pakaian yang tengah hype di kalangan sabloners/pencetak pakaian/pereka grafik di Indonesia raya sekarang ini iaitu majalah Screen Printer Attack. Saya masih menunggu mereka untuk mengeluarkan isu kedua yang lebih berat isinya daripada isu yang pertama, majalah ini cukup berbaloi di baca, di amalkan serta di sampaikan ilmunya. Saya amat respek dengan printer printer baju ini sebenarnya, walaupun mereka hebat tapi tetap merendah diri bila kita bertanya tentang tips dan triks screen printing dan juga tidak kedekut ilmu. Kepada kawan kawan yang ingin backpacking ke Bandung bersama saya nanti bolehlah roger roger, kita pegi masa Hammersonic festlah ok haha!!
Seorang sahabat saya pernah berkata "Bandung, syurga screen printing Asia" Dan impian saya untuk 2017, saya akan cuba bawa cebisan syurga itu ke Sarawak tempat kelahiran saya
Beberapa minggu lepas saya telah menerima bungkusan pos yang mengandungi majalah screen printing berbisa dari negara jiran Indonesia. Screen Printer Attack!! sebenarnya majalah ini dihasilkan oleh komuniti sabloners (istilah komuniti printer di Indonesia) Sablon maksudnya cetak. Kandungan kali ini lebih kepada tutorial memisahkan/memecahkan warna secara manual (manual colour separation) dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Walaupun ada beberapa perisian pecah warna secara auto di pasaran, tetapi apa salahnya kita belajar cara manual kan? bikin manual baru ada feel ;)
Orait nak promosi sikit event seputar Julai. Bakal berlaku 30.07.2016 nanti di Sibu, Sarawak, kita akan menyaksikan band pioneer Melodic death metal bernama Vociferation Eternity bakal beraksi di bandar kelahiran saya itu nanti. Bagi metalhead yang tidak mengenali band ini anda patut convert menjadi peminat Justin Bieber atau peti sejuk..ayuh sarungkan battle jacketmu dan datang secara berjemaah. Band thrash metal tempatan dan band sahabat baik saya iaitu Militant Attack pun akan beraksi!! Tiket pun hanya RM20 perkepala, bolehla headbanging sampai lebam sial!! haha. Merchandise pun akan dijual di tempat kejadian supaya tiada cerita pasal scam di kemudian hari atau worst case scenario dihempuk kepala guna snare drum..oh ya saya pun menunggu kehadiran mamat yang nak hempuk kepala saya guna snare drum pada hari itu nanti heheh!! pastikan snare drum jenama mahal la...
"bang, kenapa xda band space rock?pop? hip hop? raver dalam ini event?" tanya sorang kutu kepada saya..
"dik, ini event metal dik, band2 ringan abang x bawak masuk sebab diorang ni jenis tidak cool dan gila glam..geli sial aku tengok band minta puji..abang xde masa nak jilat bontot sapa2.." jawab saya selamba sambil menyedut dalam dalam asap rokok era black.
Ramai rakan bertanya kepada saya berapa kos untuk memulakan biz screen printing (cetak menggunakan jaring sutera) ingin saya cerita di sini, terus terang cerita..setakat ini saya telah habiskan RM20 ribu plus plus untuk pembelajaran, daftar perniagaan, daftar ejen pengedar baju,membeli peralatan dan sebagainya (itupun peralatan yang saya gunakan 100% saya bina sendiri menggunakan bahan2 kayu, kau apa tahu? kau tahu beli dan pakai baju) saya habiskan sebanyak ini supaya tiada pihak pihak mengungkit di lain masa(sebenarnya ada option yang lebih murah, kalo nak cara ini boleh jadi kuli saya selama 6 bulan dan saya akan dedahkan caranya haahha) Ini belum termasuk masa yang telah banyak saya habiskan untuk belajar membuat filem/blok yang betul betul sharp. (simulated process, index colour separation, halftone, cymk, cymkw arghhh banyak lagi method, sampai mati tak habis study ) Yang penting untuk menjadi screen printer ialah perlu untuk mengorbankan masa study adobe photoshop dan adobe illustrator (ini yang paling mahal untuk dikorbankan sehingga berat badan saya susut hampir menjadi bangkai kerana terlalu banyak berfikir hahahaha) . Setahun lebih saya habiskan wang dan masa untuk belajar teknik dan tips marketing. Insyallah selepas raya saya akan fokus untuk membangunkan Squegeesaurus. Mungkin masa lepak saya sudah tiada. So kepada yang selalu bertanya tentang kos dan modal..jawapan anda sudah ada di atas. Untuk masuk dalam industri perlu korbankan wang dan masa dan juga jangan lupa bersedekah..bab sedekah saya akan cerita di lain entri Insyallah
Kepada noobis yang kata RM500-RM1500 itu mahal untuk belajar screen printing, baik anda belanjakan RM500-RM1500 itu tadi untuk ambil lesen lori sebab seorang screen printer bukan jenis yang berkira untuk bayar ilmu ilmu yang bakal dipelajari. Kita jumpa tok guru silat pun kena bagi pengeras supaya ilmu yang dibelajar lebih ampuh
Setahun lebih dalam proses trial and adjust dalam industri percetakan pakaian memang suatu pengalaman yang menyeronokkan. So hari ini saya ingin kongsikan saiz blok printing khas untuk cetakan menggunakan jaring sutera. Insyallah saya akan update dari semasa ke semasa alatan yang digunakan untuk mencetak baju anda sendiri. Blok ni kalo kita buat di kedai welding berhampiran bolehla dapat dalam harga RM20-RM45 di tempat saya (depend dengan harga dan mood si tukang kimpal la...)