Showing posts with label grindcore. Show all posts
Showing posts with label grindcore. Show all posts
Wednesday, January 24, 2018
Napalm Death - Scum (VSP Reissue)
Scum adalah album pertama yang dikeluarkan oleh kumpulan grindcore British juga merangkap pelopor gerakan grindcore dunia iaitu tak lain tak bukan Napalm Death.
CD ini saya perolehi daripada rakan blog juga rakan sedaerah saya iaitu saudara Adi Herman (pengarang blog Molotov Cocktailz) semasa gig Siksakubur di Miri pada tahun lepas, dengan harga RM10!! ya harga grindcore. Walaupun versi keluaran VSP tapi saya tetap berpuas hati jugalah dengan sound dia, sebelum ini saya hanya memiliki versi kaset sahaja, ya putar sikit berbelit itulah kelemahan pita kaset, CD pula main macamana pun tetap sama kualiti bunyinya janji jangan tercalar, kalau tercalar bunyi penyanyinya pun seakan akan buntyi orang tersedak ketika makan ok itu cerita lain.
Sudahkah anda memiliki album Scum???
Subscribe to:
Posts (Atom)
