2003, di Bintulu pada waktu itu, aku tidak mempunyai ramai kawan atas faktor tiada kenderaan sendiri seperti yang aku ceritakan di episod dua semalam, jadi life memang sedikit macam cibai berkurung di rumah selepas balik kerja, hakikatnya aku jenis yang suka berkawan tak kira kawan itu baik atau jahat, samada Melayu ataupun bukan Melayu, aku tidak mengira semua itu brader.. sebab aku sejak zaman kanak kanak memang sudah biasa berkawan dengan semua orang pelbagai kaum, mostly zaman kanak kanak aku, aku banyak bergaul dengan anak anak orang berbangsa Cina di Sibu, kebanyakannya terdiri daripada Cina FooChow yang terkenal dengan sifat kasar dan agresif tetapi memang mengenang budi, dan benda itulah yang membentuk sifat aku sehingga sekarang, agresif!! itu cerita lain di bahagian lain.
2003, aku tinggal di rumah pakcik aku, di kawasan RPR Kidurong kebanyakan penduduknya bukan dari orang Bintulu asal, ada keluarga yang datang dari Kuching, Sarikei, Sibu, Sri Aman, Limbang, Miri dan sebagainya sehingga ada yang berasimilasi dengan penduduk asal, kahwin campur lah senang ceritanya. Kadang kadang selepas balik kerja aku lepak dengan sepupu aku di rumah makcik aku, kakak emak aku yang paling tua. Rumahnya hanya beberapa blok daripada rumah pakcik aku. Waktu itu anak makcik aku yang lelaki seramai 3 orang kebanyakannya masih bujang jadi tiada masalah untuk lepak lama lama. Nak dijadikan ceritanya, Abang sepupu aku masa itu bekerja di Delima Studio Bintulu sebagai kru di sana (yang ini aku akan ceritakan di bahagian lain) Studio tersebut memang sebuah studio jamming legenda di Bintulu milik sepupu kawan aku, drummer kumpulan Curse Of God yang ego dan sedang sado itu huh!!
Di rumah makcik aku banyak kisah yang tidak kurang menariknya untuk diceritakan. Berbalik kepada kisah bagaimana aku ke tempat kerja, disebabkan tiada kenderaan untuk ke tempat kerja, jadi aku meminjam basikal mountain bike kepunyaan sepupu aku untuk ke tempat kerja, ya..kalau ada basikal, lebih confident untuk lari dari dikejar anjing yang banyak berkeliaran di kawasan RPR Kidurong pada zaman itu dan nampak lebih siuman sebagai seorang guru KAFA
bersambung…
No comments:
Post a Comment