Thursday, August 2, 2018

Mat Disko





Mat menyarung seluar bellbottom kesukaannya pada malam itu dengan harapan nampak rugged di pesta tari menari di kampungnya, rokok Djarum terselit rapi di celah celah bibir Mat, akibat pengaruh filem filem Indonesia pada masa itu, rambutnya disapu dengan krim rambut jenama Wella, krim rambut dalam bekas seperti ubat gigi pada ketika itu, Mat bukan jenis pengguna pomade jenama poken sebab Mat tak suka baunya.

Selepas itu Mat turun ke bawah rumah untuk membuka kunci basikalnya..selepas jauh mengayuh basikal tuanya, Mat rasa sejuk semacam, lama juga Mat berfikir kenapa rasa sejuk itu tiba tiba menyelubungi dirinya..rupa rupanya Mat turun tidak berbaju. Allah!!



TAMAT

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...