Wednesday, September 27, 2017

Nogas dari Bintulu

Selepas sahaja selesai menemuramah band ini untuk  zine metal seorang sahabat dari Miri, aku mulakan pemburuan mencari ep pertama mereka di bandar Bintulu Sarawak, walaupun hampa setelah 2 kali mencari di Koffie Racer (sebuah kedai minum hipster ala filem Kingsman) aku terus mengambil tindakan nekad dengan membunuh nyamuk yang sedang enak menyedut darah aku di kaki lima sebuah hotel bajet tempat aku menginap 2 hari lepas.

Akhirnya aku berjaya juga memperolehi cakera padat tersebut dengan cara paksa rela daripada rakan bloggers yang tak lain tak bukan iaitu Adi Herman atau sekarang lebih dikenali sebagai KingMan

Rumusan aku tentang Ep sulung Nogas ini..hmmmm...kuat bau Lamb of god..terlalu kuat!!!! dan tiada lagi sound eastern metal yang membosankan..muzik dan bunyi bunyian ciptaan mereka sungguh moden, asyik dan mengelirukan, adakah saya di Bintulu atau di Amerika Syarikat???? tahniah!!! Tidak malu untuk dikatakan jika Ep ini aku calonkan sebagai produk metal terbaik keluaran anak muda Sarawak untuk tahun 2017 selepas produk band Militant Attack daripada Kuching tahun lepas.

Untuk mengenali mereka..sila follow facebook Nogas

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...