Tuesday, October 22, 2013

Jammed of the beast dan Ngap Sayot!!







JAMMED OF THE BEAST#1 , mungkin yang pertama kali untuk sesi 2013, idea ini sebenarnya diturunkan pada tahun 2013, iaitu semasa kehangatan kebangkitan semula scene metal tegar di Bintulu, pada masa itu aku sering jamming/training bersama Metuk Ulau Projekt dan Curse Of God, memandangkan pada masa itu, semasa sesi jamming, ramai juga kawan kawan dari band lain seperti Erectus, Meragen, lepak santai bersama di dalam studio dan diluar studio sambil bertukar tukar stuff dan barangan metal, jadi timbul idea aku untuk mengumpulkan sekali mereka dalam satu siri sesi jamming untuk memuaskan nafsu mendengar lagu lagu terbaru dan cover versi mereka, mengikut teori aku, hanya dengan cara ini sajalah kami dapat merapatkan Silaturrahim antara peminat peminat muzik metal di kawasan Bintulu dan sekitarnya, sebab jarang sekali pada masa sekarang untuk bertembung dengan band band lain semasa jamming, dan diharap dengan sesi jamming ini juga dapat meneruskan perjalanan scene metal di Bintulu, biar dalam skala kecil, janji scene tetap berjalan.
Dan dalam sesi ini juga aku bermain buat kali terakhir bersama Metuk Ulau Project sebagai seorang teruna hahahaha!!!

Dan tahukah anda apa makna poster tersebut diwarnakan dengan warna merah? iya, tepat jawapan anda, sebenarnya aku pun tak tau. Secara kebetulan juga pada malam hari tersebut akan diadakan perlawanan timbal balik antara Sarawak vs. Pahang, menurut firasat aku, kemungkinan Team Bujang Senang akan mengamuk pada malam itu nanti, bak kata orang Sarawak, "mok jaga jaga, ikornya pandei melibas" hahaha

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...