Wednesday, March 20, 2013

Tua semakin hampir

Janick Gers pun belajar guna ini DVD - gambar hiasan

Hari ini genaplah umur aku 25  eh 32tahun di muka bumi Malaysia yang sungguh bertuah ini. Terharu bila bercerita dengan mak aku dalam telefon petang tadi, mak aku kata aku semakin tua, apa apa pun, azam baru aku sempena umur dah meningkat aku akan cuba buat beberapa perkara di bawah

  • Berhenti merokok dan vaping terus
  • berenang sekurang kurangnya 2 kilometer setiap minggu
  • mengamalkan diet yang seimbang
  • menjaga kesihatan
  • jamming sebanyak mungkin dengan Metuk Ulau Project dan tour sebanyak mana tempat sebagai sessionist bassist band Curse of god sebelum aku menamatkan djaman bujang
  • Fokus belajar pasal dunia kamera dan tambah koleksi lense untuk kegunaan masa depan
  • kumpul duit, tukar kereta baru
  • cuba lengkapkan solat yang 5..ni yang paling berat walaupun nampak ringan
  • mengatur tajwid aku yang tunggang langgang dalam membaca al Quran
ya, rasanya aku sudah tua

5 comments:

  1. jgn smpi tua sblm waktunya tududut tudu~

    [lagu shiela majid]

    ReplyDelete
  2. Tua tua pun tapi berisi...itu lebih penting...u can do it bro! Selamat hari tua haha

    ReplyDelete
  3. Hepi Besday bro..moga impian terlaksana..aminn..:0)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...