Tuesday, February 28, 2012

Siri Bercakap dengan Jin dan siri Berkelahi dengan Syaitan

Baru tiba tadi petang, barang baik punya woo!! mustahil anda tak pernah membaca satu daripada siri siri ini pada zaman dulu dulu, ya, selain dari buku buku berunsur motivasi dan blook (buku dari blog) aku juga seorang penggemar siri novel seram karya Tamar Jalis, Tok Awang Ngah dan Harun Mohd. Dom, tiga individu inilah idola aku dari kecik lagi untuk berjinak jinak dalam penulisan, ya, paling aku minati adalah karya karya daripada Harun Mohd. Dom (buku penunggu lubuk puaka, Pemburu1&2, jerat, i just name a few sebab yang lain aku betul betul dah lupa) tapi sayangnya pada zaman internet ini, susah nak menjejak karya karya beliau.


Hanya siri dari Tamar Jalis & Tok Awang Ngah ini sahaja yang aku terjumpa buat masa sekarang. But it's ok, terubat juga rindu aku nak membacanya, walaupun dulu kat rumah berlambak siri ini, tapi lepas berpindah pindah rumah, koleksi ni hilang satu persatu, samada tertinggal ataupun entah pandai berjalan sendiri. Bapak aku rajin beli untuk bekalannya turun kerja, oh ya bapak aku juga pada masa mudanya seorang pembaca buku yang tegar, dia juga penulis skrip secara sambilan untuk rancangan 'Kampung Kita' yang pernah suatu ketika dulu keluar di corong corong radio Sarawak pada awal pagi, dimana pelakon suaranya adalah dari kroni RTM Sibu seperti pakcik Ahmad Drahman haha, tapi itu cerita lainla, ada apa dengan Mohd. Nasir? (Gagak di rimba -Filem Man Laksa)

SBDJ Buku 1, cover tak hype sangat macam dulu dulu punya


SBDJ buku 2, besar sikit daripada SBDJ 1


Yang ni pulak siri Tok Awang Ngah, kalo zaman dulu punya version ada 4 version warna buku rasanya, biru, kuning, hijau dan oren kalo tak silap, ada gambar alQuran, tapi ianya masih mengekalkan ciri ciri oldskool dengan menggunakan kertas kuning(kertas periksa budak sekolah zaman 80an haha) tapi dinipiskan sedikit daripada version asal

Tajuk yang gore!!


Epic!! Berkelahi dengan syaitan!! tengah bayangkan hantu tu Eddie haha

Insyallah aku masih menunggu keluaran keluaran yang lain, bukan senang nak dapat~






10 comments:

  1. dulu waktu kecik2 cover aksi hantu kluar dari kubur tu antara imej yg slalu aku imagine klu lalu area kubur... huehuehue

    cuba tgk cover album "no prayer for the dying" dan "live after death" iron maiden, ada persamaan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, samalah kita, Imej hantu macam Ediie tu selalu dibayangkan kalo lalu kawsan kubur, tapi lepas saja filem The ring(Ring O) imej tu terus lenyap berganti dengan imej budak perempuan keluar dari telaga haha, apa apapun, jangan takut hantu

      Delete
  2. Replies
    1. dari kenalan di FB bro, nama kompeninya Maju Ikhlas Utara Trading Co (Kedah) kalo berminat boleh contact sahabat saya encik Hafizan Jan, tel number : 0124598092 :D banyak lagi siri siri lain, nanti bulan depan nak order lagi

      Delete
  3. aku nak jugak...aku tak peduli....aku nak jugak!!!

    ReplyDelete
  4. ade satu lg karya terbaru tok awang ngah ni sdra x beli lg iaitu-PENGASIH MINYAK CENUAI

    ReplyDelete
  5. Kepada semua Bloggers dan Kengkawan...sudah ada Blog baru untuk setiap bab setiap jilid dan setiap penulis. (Baru nak start) Aku dah beli kesemua koleksi Tamar Jalis, Tok Awang Ngah, Tok Awang Jambi dan ramai lagi. Aku dah habis beribu ringgit untuk dapatkan koleksi ini. Sekiranya kengkawan nak baca , sila ke blog ini http://horrorandmistique.blogspot.com/ . Kita baru mula nak menaip blog ini.

    ReplyDelete
  6. Kepak tangan aku naip...mintak tolong geng semua membantu untuk menambah dan mengemaskini tajuk tajuk tersebut...Thanks..

    ReplyDelete
  7. http://teritipmisteri.blogspot.my/?m=1
    Bleh try ushar situ

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...