Sunday, September 4, 2011

Sibu pada pandangan aku ep.1

Tepat hari Jumaat 26.08.2011 aku pergi balik ke kampung di Sessang sana, dengan muatan 1 cpu dan 1 beg galas aku terus berkayuh dan driving dengan bangga serta bergaya keluar dari kediaman 'mewah' kami di Kg. Pandan, sampai di Bintulu pula terus mengisi minyak dengan memberi senyuman kepada semua orang, tapi itu cerita lain, bukan ini yang aku nak sampaikan kat entri kali ni.

Ya, tentang ronda ronda bandar Sibu dengan awek aku yang angry bird haha. Dibawah aku sempat snap tempat tempat klasik yang banyak mempengaruhi aku punya life dan cerpen genre kasar dan berunsur kesamsengan yang telah dan akan ku sambung penulisannya kelak.

Jalan Wharf Kapit, nama sebenar aku lupa

Jalan area Wharf Kapit ni memang popular sejak berpuluh tahun dulu, menurut bapak aku, pada zaman mudanya iaitu pada zaman rambut beliau fesyen berjambul macam makhluk tuhan bernama Elvis Presley (aku tengok dari gambar lama) , tempat ni adalah tempat lepak diorang, pada masa tersebut bapak aku bekerja sebagai juruukur/juragan bot/multipurpose crew (kadang kadang terpaksa berkayuh) membawa pekerja Land survey menyeberang, mengembara , dan mengukur tanah, bukit, hutan di kawasan Sibu seperti di kawasan Pulau Kijang, Pulau Babi(nama panggilan), Sg. Assan, Pradom dll, mengikut daripada pengalaman bapak aku jugak, tempat ini juga menjadi port persinggahan guru guru, pihak forestry, polis, orang persendirian, couple turun dating dan pekerja company dari seluruh kawasan bahagian tengah Sarawak terutama dari kawasan Kapit,Mukah, Sarikei, Matu Daro dan kawasan kawasan terpencil yang terpaksa pergi ke Sibu dengan menggunakan kapal, tongkang, ekspress belon, speedboat dan ekspress Tut Tut pada masa tersebut. Masa tu perkhidmatan bas hanya sedikit dan hanya terdapat di kawasan dekat dekat bandar sahaja. Perkhidmatan beca juga terkenal pada zaman itu.

Itu bapak aku punya cerita, yang ni pulak cerita aku, nampak bangunan sebelah kanan dalam gambar tersebut? Itulah bangunan yang pernah menempatkan studio jamming D'Commercial/Charlie studio yang sungguh popular di mulut kaki kaki jamming pada suatu ketika dahulu, banyak band band metal/rock tersohor dari Sarawak pernah jammed kat sana, Antara yang aku masih ingat kalo tak silap ialah Kremation(old), dengan tangga yang berbau hapak, aku hampir setiap hari turun naik lepak stone tengok orang jamming kat sana pada zaman masih muda remaja dulu, tak lama lepas tu, Studio mereka telah berpindah ke tempat lain tak jauh dari Arked Mara Sibu, apa yang aku masih ingat sampai sekarang, yang bekerja kat itu studio jamming semua aku punya schoolmate haha, jadi takda masalah bila lepak lama lama kat sana.

Dan kalo diperhatikan dalam gambar tu jugak, disebelah kiri, ada imej bangunan Tua Pek Kong ala China, memang tokong Cina pun, yang bestnya bangunan tersebut memang merupakan tarikan bandar Sibu, tak percaya? pergilah sendiri tengok, untuk view yang paling best, naiklah bot ekspress, viewnya memang cantik kalo dilihat dari sana, seperti zaman aku kecik kecik dulu, kalo naik bot ekspress dari Sarikei, aku jarang bertanya dengan mak aku "dah sampai Sibu ke belum?" kalo aku tanya pun gerenti mak aku buat benda yang sama sepert yang akan aku buat sebentar lagi iaitu, just keluarkan kepala dari tingkap, bila nampak Tua Pek Kong tersebut, bermakna sampailah di bandar Sibu.


Jalan Lanang

Gambar di atas pula ialah gambar sepanjang Jalan Lanang, beribu kenangan aku kat jalan utama di Sibu ni, jalan aku pergi balik ke sekolah, pergi balik lepak tak tentu hala , pergi balik Bintulu- kampung- Bintulu . Dan kenangan bersama sahabat baik aku Encik Sulaiman Bakar, pada zaman beliau masih menggunakan motosikal Honda EX5 memecut membelah kesesakan di Bandar Sibu menghantar surat dan turun bermain skateboard haha, (Man??mun ko ada baca ko paham la hahaha!!)

Jalan Lanang ni merupakan salah satu jalan utama/shortcut/jalan terpenting di Sibu kerana disepanjang jalan ini kita dapat lihat beratus bengkel, kilang, termasuk kilang arak Peng Guan yang terkenal dengan arak jenama Cap apek!! ya!! cap apek!! jangan sebut saja tapi tak tau dimana tempat kilangnya, di kawasan nilah kilangnya, kalo lalu je depan kilang tersebut,ya Rabbi!! bau yang tak dapat dikategorikan lagi sebagai bau apa. Ah, itu cerita lain, haram! ok, selain kilang, terdapat jugak hotel kecik dan besar seperti Kingwood Hotel, Kawan Hotel dan rumah rumah tumpangan serta rumah sewa persendirian, tapi hati hati bila melalui ini jalan, samseng pun banyak kat sini, salah jeling terimalah akibatnya haha. Bak kata pepatah bapak aku " jangan dah terkena baru nak bertanya" sampai sekarang pun aku belum dapat jawapan kepada pepatah tersebut.

bersambung...

6 comments:

  1. teruskan bro... bagus dapat kenal sibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085321606847 TRIMAH KASIH

      Delete
  2. ntah bila la dapat pelung gi sini...

    ReplyDelete
  3. Yarabi... sia duhal kilang Cap Apek... maka aku lalu sia berapa kali masa gi Sibu. Cerita gik...

    ReplyDelete
  4. Dr Ben,
    Banyak lagi cerita tentang Swan City ni bro, insyallah akan diceritakan dari semasa ke samasa

    Berteromber,
    Ade je peluang bro, time cuti sekolah hujung tahun, now everyone can fly, tapii kena naik belon la haha

    Coffee Girl,
    aok, mun dari tol lanang, kilang peng guan di sebelah kiri, mun drive slow, nya limpas Akademi laut tempat belajar kapal, secara tepatnya sebelah roundabout selepas petronas yang pertama sekali kita limpas semasa nak ke pasar Sibo haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...