Baru semalam kita mendengar berita seorang cameraman terbunuh kerana tembakan peluru sesat di Somalia sana, al Fatihah kepada Arwah Noramfaizul Mohd. Nor, dan takziah kepada keluarga arwah, inilah lumrah bekerja sebagai wartawan, maut menanti di mana mana, nasibla aku tak belajar tentang kewartawanan suatu ketika dulu (pernah jugak aku bercita cita nak jadi wartawan waktu sekolah rendah, hasil pengaruh filem Superman, kerana aku pakai cermin mata, WTH!)
Bercerita tentang kerja kerja kewartawanan terjun pulak, pada 11.09.2011, kemungkinan aku akan pegi ke Sibu untuk menemuramah band metal dari Singapura, iaitu Impiety dalam siri Asian Abomination Tour 2011 mereka bertempat di Ballroom Paramount Hotel, Sibu (dengar dengar banyak yang bangkang ini show?betulkah? atau sekadar khabar angin daripada rokes lain yang dengki akan mereka/ pihak kerajaan yang membuat andaian membuta tuli?) tapi itu bukan aku punya masalah, yang penting urusan kerja yang telah diamanatkan oleh Adi Herman tauke distro Metuk Ulau Underground Voice atau singkatannya MUUV . Insyallah kalo aku dapat pergi aku pergi, kalo tak dapat, faham faham sajalah.
Tentang band Impiety ni, terus terang aku katakan, aku tak berapa ikut sangat perkembangan mereka, hanya sempat mendengar rilisan Asateerul Awaleen (1996) yakni pada zaman aku masih sekolah lepas PMR (zaman masih gila gila remaja, tapi aku bukan poser ok!) dan yang terakhir aku beli seingat aku ialah split tape mereka bersama band extreme metal dari Thailand iaitu Surrender of Divinity yang bertajuk Two Majesty: An Arrogant Alliance Of Satan extreme Elite (2004) semasa aku masih bekerja sebagai kren/RTG operator di Port of Tg. Pelepas di Johor sana, selepas itu aku tak ambik port lagi dah tentang rilisan rilisan daripada diorang, tapi, menurut pembacaan artikel artikel tentang mereka baru baru ni, mereka telah beberapa kali mengubah identiti muzik mereka, dari black metal, death dll, yang terbaru, aku telah mendengar sendiri di Youtube lagu terbaru mereka dari album Worshipper Of The Seventh Tyranny, dari segi bunyi bunyian yang mereka hasilkan, aku dapat simpulkan kali ini sound mereka lebih ke arah doom metal (?). Mungkin faktor usia, atau idea hasil daripada line-up mereka yang sering bertukar tukar. Banyak yang setuju dan ada segelintir juga yang tak setuju dengan perubahan konsep muzik mereka, tapi for hell sakes!! sukati diorang la mau bikin lagu jenis apa kan? itu namanya kreativiti, takkan nak lekat dengan satu genre saja sampai mati, orkes Metallica yang super duper glamer pun berubah ubah sound ape! hehe rage la pulak.
Banyak jugakla perubahan dari segi muzik/identiti individu band ni sekarang, tapi bagi aku, muzik tetap muzik, agama tetap agama (yang ni hanya segelintir yang faham), bisnes tetap bisnes, jangan terikut sudah, jadilah diri sendiri, rasanya, crowd yang akan datang pada hari tersebut semua dah matang dan tau apa yang bagus dan apa yang tak elok, support tetap support, tepuk dada tanya selera . . . apa apa pun, sekiranya takda aral yang melintang pukangkan aku pada tarikh tersebut, aku akan pergi, bukan selalu dapat tengok gergasi metal dari Asia ni beraksi di tempat kelahiran aku sendiri. Nanti cerita lebih panjang dalam blog Noise Of Borneo
ko jangan x pegi gig ya Korawk, mun ko x pegi, aku sunat kote kau mcm Adolf Hitler hahahaha TAMMAT
ReplyDelete