Thursday, August 4, 2011

Pengembaraan ke bazaar Ramadhan

Masuk hari ke-4 berpuasa barulah aku dan Rizal menjejak kaki ke Bintulu atas urusan mengambil 'barang order' dari Encik Ijau, hari ke-4, ya!!hari ke-4!! Sebab di Sebauh langsung tidak menunjukkan tanda tanda ada orang berjual kuih (Pandan ape de??) Entah apa puncanya.. Wallahualam, samada malas, ataupun pembeli yang suka berhutang secara serius atau... langsung tiada sambutan daripada penduduk setempat.

Selepas selesai urusan bersama Encik Ijau, kami berdua terus memecut laju dengan cara pemanduan yang sedikit berbahaya membelah kesesakan bandar Bintulu menuju ke satu lagi Bazar Ramadhan yang terletak di Medan Raya, tak silap aku tempat ni mula diwartakan menjadi bazar Ramadhan bermula 3 tahun yang lepas, kalo tak silaplah, mungkin Encik Ijau lebih arif tentang perkembangan bandar Bintulu sekarang, maklumlah aku dah 4 tahun dok kat kawasan pendalaman, lainla zaman aku masih jadi pemandu kereta sapu (businessman) secara fulltime dulu, segala selok belok Bintulu dan bandar sekitar aku tau, dari kawasan orang baik baik ke kawasan gengster bersarang pun aku boleh hidu, tapi tu cerita dulu dulu laaa..

Suasana kat bazar Ramadhan di Medan Raya ni lebih happening dari Bazar yang beroperasi di Esplanade Bintulu, lagipun kawasan ni baru nak membangun, banyak ofis, kedai baru bukak dalam 2-3 tahun ni, lagipun dekat dengan UPM kampus Bintulu, orang kerja Petronas, Shell, ABF pun masih boleh singgah kat sini untuk beli juadah berbuka atau cuci mata untuk yang bujang sajalaa.

Pusing punya pusing entah 2-3 kali pusing agaknya barulah kitorang berdua membeli barang makanan, selepas terbeli char kuey tiaw kat sebuah gerai , aku ternampak Rizal menunjuk sedikit rage, "pasal?" aku tanya, " ko tengokla" kata Rizal sambil menunjukkan dengan bangga tapau kat tangannya, rupanya char kuey tiaw yang dibelinya amat teruk sungguh buatan dan kandungannya, Ok, bayangkan anda membeli char kuey tiaw yang berharga RM4.00 tapi nisbah kandungannya sama banyak dengan mi dekat kantin sekolah berharga RM1.00 , ramuan pulak setakat tauge segenggam, kucai 2-3 helai, dan telur separuh. Udangnya mana?? tadi aku peratikan kat meja penyediaan makanan kat gerai tu bukan main banyak udang mentah. Sedihlah kalo berniaga ini macam, pembeli bukannya dapat duit dengan cara senang, kerja keras sepanjang bulan tu cari duit, lagipun ni bulan puasa, bulan yang jika kita membuat amalan baik dan bersedekah, akan berganda pahalanya. Ni baru sorang terkena, kalo sepuluh orang dia (peniaga) kenakan tu ape cer??ahh..rage la pulak!!...nasib baekla bulan puasa, kalo tak aku rasa memang Rizal jadi Rambo dah. Agak agaklah jugak dengan siapa nak ambik keuntungan. Kalo terkena dengan jenis orang yang boleh tukar jadi hijau (bukan encik ijau) tak ke naya?? Bulan puasa beb!

RM4.00??

Bebalik kepada cerita pengembaraan Bazar Ramadhan di Medan Raya ni, spotnya nyata lebih happening daripada tahun yang lepas lepas, juadah yang lebih bervariasi, variasi dari segi nama sajala, kalo part rupa lebih kurang je , eg: ayam panggang Tg. Batu. walhal ayam panggang biasa saja , cuma yang menarik perhatian ayat 'Tg. Batu' kat belakang. Kebarangkalian bazar ni akan jadi femes untuk tahun tahun yang mendatang, tapi sefemes manapun bazar Ramadhan ni, aku tetap rindukan masakan mak aku ketika time berbuka, kegemaran aku simple , hanya sejenis kuih yang bernama pulut panggang ..ahhh...

5 comments:

  1. ada ko terjumpa nasi lemak kukus pandan, taufufah dan roti jala?

    ReplyDelete
  2. "pengembaraan" tu yang tak tahan...

    ReplyDelete
  3. RAGE!!!!!!!! Char keuw teow penang konon x de rupe langsung

    ReplyDelete
  4. Ijau
    Tak perasan la pulak aku nasi lemak kukus pandan ada ke xa, taufufah ada, tapi roti jala mungkin x ada

    Dr. Ben
    memang pengembaraan pun bro, sejam ju perjalanan ke Bintulu haha+kayuh sampan

    Rizal
    Arghh!!!!

    ReplyDelete
  5. aku kalau mee aku jual rm1 / tapau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...