Saturday, July 16, 2011

KL Gangster | Tah apa apa

Antara filem yang dikatakan ngetop untuk ini tahun, tapi bila dah ditonton, takla berapa best sangat. Acuan filem ini bagi aku secara peribadi, ialah cuba mengadaptasi filem filem bercorak gengsterisme dari Hong Kong seperti Young and dangerous misalnya, watak samseng yang bermulut lancang seperti ayam kelaparan, setahu aku, kriteria seorang gengster ni mesti jenis orang yang tak banyak cakap sebelum kerja pukul memukul (dari pengalaman peribadi akulah) , banyak aksi yang tak logik dalam filem KLG ni, antaranya hero yang aku rasa terlalu hebat, memang invicible, aku rasa dua tiga kali je kena siku/lutut dengan lawannya, itupun part last.

Cuba anda bandingkan filem ini dengan filem Scarface dan the Godfather. Apa yang 'gengster' disana?my rate for this film 2/5 kerana jalan ceritanya tah apa apa dan ending yang tak berapa dramatik. Gengster lagi budak budak dalam Drama Juvana kat TV3!



- I always tell the truth. Even when I lie -

4 comments:

  1. samala mcm kes filem kongsi... previu mcm best, tp bila dah tgk

    bab hero terlalu hebat tu mungkin diorg cilok ide filem2 tamil (especially filem2 superstar rajinikanth)

    *disable word verification bleh?*

    ReplyDelete
  2. hanya khalid mamat saja ;)

    p/s: bro kasi buang itu word verification... nyusahkan je nak komen.

    ReplyDelete
  3. Ijau: Rajnikanth sememangnya hero yang terlalu hebat serba serbi haha, tapi dengar2 beliau sedang sakit sekarang, itulah filem kita, promosi di astro 1st bukan main berapi, seramla, aksi macam Jet li la, bila dah tengok, sikit je aksi dan seramnya

    Dr Ben : semestinya filem Mamat Khalid memang puas hati kalo ditonton, dari filem Rock, kala malam bulan mengambang(ini memang bagi serius damage pada perut akibat ketawa) hantu kak limah..dan tengah menunggu filem rock 2, dengar2 kump. Search ada berlakon dalam ini filem

    - WV dah disable -

    ReplyDelete
  4. hahaha aku baru tgk filem ni mlm semalam (versi siput sedut), kalau xda zizan rasanya filem ni lagi tawar...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...