Friday, June 17, 2011

Kenapa mesti the best of the beast??

Ok, kembali ke tahun 1995 pada malam semasa aku, Imran, Sulaiman dan Dris bin Drus tengah berbasikal di bandar Sibu, menuju ke perpustakaan awam Sibu, pada tahun tersebut kami semua masih di tingkatan 2 1/2 la, zaman tengah hangat main basikal mountain kata orang tua tua. Pada waktu itu pula ngam time bulan puasa dekat nak raya, biasala, membesar dalam kalangan/kawasan orang kebanyakan memang life kami melepak tak tentu hala, merokok bersembunyi, siul pompuan lepas tu tak mengaku,tapi itu cerita lainla.

Balik dari lepak di Perpustakaan awam Sibu kira kira jam 8pm, kami berempat biasanya akan singgah sekejap di Ngiu Kee tak jauh dari perpustakaan, manakala di sebelah Ngiu Kee pula ada sebuah kedai kaset, agak top jugala kedai kaset tu pada masa tersebut sebelum ianya lingkup beberapa tahun kemudian.

Seminggu sebelum itu aku ada ternampak kaset Iron Maiden dan King Diamond di rak kaset belah english, dan juga kaset fool's garden( lagu lemon tree) , tak lupa juga deretan kaset Nirvana, Pearl Jam bla bla bla.. tapi aku memang dah sangkut dengan kaset Iron Maiden Best of The Beast!!!"aku mesti dapatkan!!" kataku nekad, sangkar tikus yang masih berisi tikus aku hempaskan ke tanah dan terus terbuka penutupnya, tikus terlepas. Ciss!!!

Balik kepada cerita di atas, aku terbeli jugala kaset pada itu malam, tapi dalam kepala masih menyesal juga sebab tak beli kaset fools garden..haiya!!! Keesokan harinya aku layan lagu lagu Iron Maiden buat pertama kalinya walaupun tak tau apa yang sedang aku dengar sambil membelek belek kereta model Tamiya bernama Proto Emperor. "Harap harap boleh lawan kereta "emperor putih " Sulaiman esok di litar Ngiu Kee.





Tammat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...