26.03.2011
Jam 5 petang, sementara menunggu member member nak pegi makan di Pizza Hut, aku mendapat SMS dari encik Ijau D. Koceng , pasal CD Nirvana yang dijanjikan pada hari sebelumnya, aku balas OK dan tak lama kemudian kami berunding di depan PJ Corner , berdepan dengan Regency Plaza hotel, Bintulu, perjanjian dimeterai, CD bertukar milik. Pada mulanya aku nak borong semua CD daripada beliau, oleh kerana kewangan aku pada bulan ini agak sesak dan wallet pun semi -kosong, aku hanya angkat 1 title dahulu daripada koleksi CD Nirvana daripada beliau, Insyallah aku akan angkat habis CD nya pada penghujung bulan ini, Semua Sekali !! Harap harap encik Ijau masih menyimpan untuk saya lah...
Sebenarnya pada tahun 1997/98 dahulu aku juga mempunyai versi kaset untuk ini album, pada masa tu demam grunge masih menular dikalangan kawan kawan sekampung, itupun aku dengan encik Faizal saja yang kaki dengar lagu jenis ini, yang lain paham paham sajalah, mereka tengah demam lagu pop balada pujuk rayu syaitan. Mak aku memang bising bila aku pasang ini album di mini kompo kat rumah, dia kata, apala lagu terjerit jerit, syukur jugakla mak aku seorang yang faham.
Apa yang best tentang ini album? ok, bagi aku, ini album memang mempunyai soulnya tersendiri,ini album live brother and sister!! Live!!! Inilah sound sebenar kumpulan Nirvana, sound yang begitu kotor, menampakkan imej sebenar lagu grunge, humming, distortion yang melampau, cara nyanyian Kurt Cobain yang berterabur (boleh dengar dalam lagu tourette's) pendek kata, inilah album grunge yang patut anda miliki.
tammat...
ReplyDeleteentri bakal bersambung pada sindrom 25.04.2011 hahaha
ReplyDeletesekarang cd ini sudah bertukar milik kepada aku hahahahaha
ReplyDelete