Tuesday, February 9, 2010

Nasi bubur - the angol story #1

Agoo merenung tepat ke mata cikgu Muktar, seperti harimau yang sedang lapar mengintai mangsanya, Agoo terus terusan
mengiringi pergerakan cikgu Muktar. "Apaa??" teriak cikgu Muktar kepada Agoo. Agoo tersentak, suratkhabar bahasa cina
yang dipegangnya hampir terjatuh. Sebelum berlalu, Agoo sempat menggaru bahagian kemaluannya yang mungkin terasa gatal.
Seluar pendek lusuhnya seakan terselak sedikit menunjukkan kemaluannya "cingcaucingcaucingcau %^&*()&^%!@#" kata Agoo
dalam nada yang kabur dan macam celaka.Murid murid kecil lari bertempiaran apabila Agoo melintas mereka. Ada juga yang
menutup hidung kerana aroma Agoo yang sama level dengan tong sampah. Dengan muka sedih Agoo merenung sekali lagi ke arah
cikgu Muktar " ahhh...jangan kacau budak disini belajar" kata cikgu Muktar dengan bengis. Agoo terus berlalu menuju ke
rumahnya di tepi sungai Pandan. Kicau burung pun dah tidak bererti lagi bagi diri Agoo

20 tahun yang lalu...

"daun A sat!! haiyaa" Achew menghempas daun terup ke meja judi Omega di Miri. Ah Seng, John, Ah Tee dan Agoo terus meneguk
bergelas gelas air kencing syaitan berjenama Carlsberg. "kalau enjoy ini macam sampai tua pun saya manyak suka wooo"
kata Agoo sambil menepuk nepuk belakang John, terus dengan gaya macam celaka merangkul callgirl yang separa telanjang
di kelab tersebut. "haiya amooiii!!...cium saya satu kali sini woo" kata Agoo lagi sambil telunjuknya diletak kepipi.
callgirl yang seksi terus mencium pipi Agoo, kelihatan wajahnya sedikit tidak selesa selepas bibirnya mencium pipi yang
bergerutu dan kasar itu. Tapi apakan daya, kerjanya hanya melayani kerenah pelanggan yang tidak putus putus berkunjung ke
neraka dunia itu. 2 jam berlalu, kelima lima mereka keluar dari Omega, dengan langkah yang terhuyung hayang balik ke hotel
tempat mereka menginap. Sempat juga membawa 2-3 orang pelacur jalanan balik ke bilik. Keriuhan di bilik Agoo dan John. Riuh rendah kedengaran...

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...