Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Wednesday, February 28, 2018

Filem Chinta dan Lagu

Setelah lama mencari filem Chinta dan lagu  ini dalam bentuk salinan fizikal, akhirnya pencarian saya menemui jalan buntu, tiadakah kedai atau individu yang menjual DVD filem ini? oh man, filem ini adalah antara filem Melayu klasik jenis muzikal yang pernah mewarnai industri perfileman pada suatu masa dahulu.

Lakonan mantap hero Malaya Hail Amir dan Azizah , Dari mula sampai habis menyanyi tak habis habis hahah!! cuma part yang tak menyanyi masa Abang Zul (Hail Amir) kena serang hendap oleh kuncu kuncu Malik lakonan Datuk Yusof Haslam. Epik fight!!

Tema filem ini agak simple dan boleh diagak jalan ceritanya, kisah kisah seharian sebuah kampung nelayan, cinta dan airmata itu normal pada masa itu dan sekarang. Boleh tonton video ini di  capaian (capaian, pergh baku sial!!) Youtube kat bawah




Rating saya untuk filem ini amat tinggi, perfect sebagai sebuah filem muzikal, cinematoghraphy terbaik dengan angle yang berbeza beza, skrip bahasa baku yang boleh kira power la untuk zaman tersebut. Apa pendapat anda???

*Kenal siapakah model wanita yang terdapat di bungkusan gula batu Kiss Me?

Sunday, February 12, 2012

Kenangan rumah lama

Dulu masa pertama sekali aku posting di Kg. Pandan, aku pernah tinggal kat rumah ni sebelum ditempatkan ke kuarters baru 2 tahun lepas, memang banyak kenanganlah rumah ni, dengar dengar tak lama lagi akan dirobohkan kerana pihak sekolah nak bikin bangunan PraSekolah baru kat sini, oh ya, bangunan ini telah dibina pada tahun 70an, mula berfungsi sebagai dewan makan sekolah, ya! dewan makan, bagi readers yang tak pernah merasa tinggal kat asrama waktu sekolah rendah memang janggal rasanya, tapi bagi aku ini normal di kawasan kawasan pedalaman, Sarawak amnya, sekolah aku dulu lagi gore haha.

Kalo diperhatikan dari segi binaanya, walaupun nampak macam nih, tapi ianya masih kukuh, seriously, dalam tempohmasa dua tahun aku tinggal kat rumah ni, ianya kebal dari serangan ribut, ribut biasa biasa saja, kalau ribut taufan memang leburlah.. dan juga kalis hujan lebat, tanpa kebocoran, betapa hebatnya ketukangan pada zaman dulu dulu.



pandangan depan

Dulu pokok bunga raya kat depan rumah tu banyak ayam kampung (peliharaan)bertenggek malam malam dan juga jadi sarang haiwan berbisa seperti ular, budak budak asrama juga pernah claim melihat kelibat makhluk aneh di kawasan tersebut, tapi nantilah aku ceritakan dalam siri terbaru aku yang akan datang dalam blog siri bercakap dengan..



pandangan sisi/belakang, jangan tengok sangat kat tingkap tu haha

yang ni pulak pandangan sisi, sebenarnya rumah aku bersambung dengan rumah ni (double), besar sebenarnya, selepas dipotong dua, bertampallah dinding zink kat tepi tu, kenangan yang tak boleh aku lupakan bila projek meroboh sebahagian dari rumah ni, hampir lagi kepala aku berkecai dihempas oleh alang rumah yang jatuh ngam ngam sekaki dari tempat aku berdiri, time nak mengelak, boleh pulak kaki aku terperosok ke dalam lubang kat lantai rumah, memang thrill lah itu jam, malang double trouble.


pemandangan dari tingkap belakang rumah

Pandangan dari belakang rumah lama, dulu, 20 tahun sebelum aku menjejakkan kaki kat sekolah skang ni, pernah diceritakan oleh penduduk kampung dan staf veteran sekolah, kat sini dulu pernah ada bangunan asrama lama dan kuarters guru, susah nak percaya tapi kena percaya jugak, kalo pegi sikit ke dalam, silap haribulan boleh terjatuh dalam telaga lama (telaga asrama), by the way, ini hanya pandangan mata kasar seorang manusia, disebaliknya, ada satu kisah yang taklah berapa misteri sangat, kat kawasan ni sebenarnya sebuah perkampungan bunian (ini dari pengalaman aku sendiri dan kisah sebenar, bukan cuba meniru karangan Tamar Jalis) Wallahualam.. apa apapun, kenangan kat rumah lama ni memang banyak, orang yang pertama sekali sedih rumah ini dirobohkan kelak ialah aku.. TAMMAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...