Showing posts with label Ketagih TV. Show all posts
Showing posts with label Ketagih TV. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Tasbih Putih | Dari sudut seorang penonton

Tasbih Putih merupakan sebuah telefilem arahan Rashid Sibir, dan telah menjadi mangsa tontonan aku di Astro Prima malam semalam. Sebabnya, sejak iklannya keluar minggu sebelum itu aku memang dah bertekad nak tonton ini cerita sebab cerita ini menggunakan Johan Asa'ari (pernah membawa watak sebagai Botak dalam drama Juvana dan watak Aril dalam slot Cinta Elisya) sebagai lead actor. Bagi aku kalau dia ni berlakon, sudah tentu cerita itu akan jadi sedikit hidup kerana dia ni memang pelakon yang special sikit bagi aku, mimik mukanya memang tak boleh blah kalo membawa sesuatu watak, memang real lah wa cakap lu!

Ok berbalik kepada ceritanya tadi, cerita ni bermula dengan watak seorang remaja bernama Rahim iaitu anak kepada seorang peniaga ikan, Rahim ni pulak memang sorang anak yang sungguh badass, sanggup mengepau duit mak bapaknya untuk kegunaan memborong dadah dan membayar hutang piutang (muda muda dah pandai nak hutang dengan along) , jadi oleh kerana mak bapaknya tak tahan melihat sikap anaknya yang sungguh tidak bertamadun dan tak tau diuntung itu, mereka sepakat menghantar Rahim ke sekolah Pondok. Ya, sekolah pondok, bukan sekolah budak nakal.


Sampai saja di sekolah pondok, kisah sebenar bermula, Rahim telah diletak dibawah jagaan Salim (Johan Asa'ari) atas arahan Ustaz yang menghandle sekolah tersebut, watak ustaznya pulak dibawa oleh Datuk Rahim Razali, pelakon yang tone suaranya memang kaw kaw!! memang tembak tepat punya tutur kata. Dan kalau dah sebut nama sekolah, standardlah, mesti ada watak crook, yang memang tak puas hati dengan si Salim dan watak crook tersebut memang tak habis habis menghasut Rahim supaya menyusahkan si Salim (mentang mentanglah si Rahim ni budak baru). Berbagai teknik kotor telah dikenakan untuk memporak perandakan kehidupan Salim, tapi oleh kerana level kesabaran Salim yang terlalu tinggi, segalanya gagal segagal gagalnya.

Sehingga ke akhir ceritanya Salim telah meninggal dunia sebab penyakit asma yang keterlaluan, dan beberapa minggu sebelum dia meninggal dunia, rupa rupanya Salim sebenarnya merupakan anak seorang hartawan (yang langsung kita tak sangka sepanjang cerita) , pesanan terakhirnya supaya ayahnya menderma kepada badan kebajikan sekolah pondok tersebut (kerana kedudukan kewangan institusi tersebut tidak berapa kukuh sebelum itu), babak ini dapat ditonton ketika ceritanya dekat dekat nak habis, iaitu setelah Salim meninggal dunia. Dan sebelum meninggal dunia juga, Salim sempat memberikan seutas tasbih putih kepada Rahim kerana dia confident Rahim memang akan berubah.

Bagi aku telefilem ini 'makan dalam' dengan jalan ceritanya yang simple, walaupun barisan pelakonnya daripada muka muka baru, tapi gaya lakonan mereka memang superb, bukan senang nak melakonkan watak watak dalam cerita berunsur keagamaan, lebih lebih lagi watak Johan Asa'ari yang biasa kita lihat melakonkan watak lelaki kejam dan bengis sebelum ini. Telefilem ini memang akan memaksa anda untuk terus duduk di sofa depan TV dari mula hingga akhir cerita, my rate for this telemovie 4 out of 5!!

Saturday, July 23, 2011

Sepak Takraw dan bolasepak Mal vs Singapore

Hari ni merupakan hari aku menonton rancangan sukan, lepas cuci baju apa semua tengahari tadi sempat la terlentang depan TV lebih kurang sejam lebih menonton perlawanan sepak takraw antara Malaysia vs Filipina dan Myanmar menentang Korea, (Istaf World Sepak Takraw Championship 2011 di Stadium titiwangsa, via Astro Arena) dan terus collapse tidor, dahulu zaman masih minat dengan sukan dan badan masih slim dan 6 pax, hari hari main takraw, sekarang badan pun dah macam guni beras 50kg, tak larat dah nak kerja libas2.

Dan juga awal malam tadi kitorang serumah menonton perlawanan bola antara Malaysia vs singapura dengan diakhiri keputusan yang paling tragis Singapura 5 dan Malaysia 3 (??apa kess??over confident??)

BTW, tak sabar nak tunggu filem aksi komikal Libas, dengar dengar ini filem lebih kurang filem Shaolin Soccer


poster filem libas

Monday, July 18, 2011

Juvana TV3 | Final episod


Akhirnya penantian selama beberapa minggu berakhir pada ini malam jam 10pm, budak2 rumah wira Bakti pun semua kembali ke pangkal jalan dan mula menjadi orang yang berguna, mati mati aku ingatkan watak cikgu Zakiah kena rogol dalam ini episod, rupa rupanya tak, ok la..lega la sikit.

Drama Juvana ni memang kegemaran kitorang serumah, asal malam Isnin je mesti semua lekat depan TV, kecuali ini malam Muktar pergi kursus, tinggal la aku dengan Rizal (apai rijal hahahaha!!) terlentang depan TV, maka banyakla komen komen 'orang bujang' bila melihat adegan cikgu Zakiah time jadi hostage cikgu2 kat sekolah wira Bakti

my rate for this drama overall : 4/5 sebab drama ni berbeza daripada drama drama yang pernah dibuat di Malaysia, diharap masa akan datang ada lagi drama bercorak sebegini disiarkan.

-Supermak????-

Sunday, July 17, 2011

Teen Wolf Season 1 | hanya di Astro beyond????


Aduh ha, kenapala Teen Wolf mesti kat Axn Beyond???kenapa x di saluran AXN biasa??ini macam kalu kena stream kat Youtube la...this is a scandal!! ini drama mengingatkan kita tentang sebuah movie tahun 80an bertajuk yang sama lakonan Michael J. Fox, tapi dalam filem tersebut watak utamanya bermain basketball bukan lacrosse, perasan tak poster di atas, sikit sikit nak jadi cam Twiligt, sikit sikit Twilight..apa kes?????

Sinopsis :
Full moons might just become the most dreaded nights for one young high school-er. Together with his best friend, Scott McCall, an ‘average’ lacrosse player wanders around the neighboring woods in search of a dead body and is suddenly attacked by a wolf. This single wolf bite changes everything. What will these changes be and will he be able to curb them? Or will they unleash an uncontrollable wild side from within?

Watak Scott McCall(hero) lakonan pelakon muda Tyler Posey lebih kurang watak Spiderman, cuma beza dia kena cakar serigala, Peter Parker plak kena gigit labah labah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...