Sunday, February 16, 2020

Aku, Underground dan Bintulu #4

Sepanjang mengajar KAFA di SK Kidurong 1 memang sedikit enjoy, bukan apa, rata rata subjek yang aku ajar memang makanan aku kecuali bahasa Arab. Namun jauh di sudut hati, aku berdoa aku ditemukan dengan kawan kawan yang mempunyai minat yang sama seperti aku, minat muzik keras, boleh main alat muzik dan sebagainya..walaupun pada waktu itu di Bintulu, aku tidak mempunyai sebuah gitar apatah lagi peti televisyen skrin lengkung. Yang ada hanya angan angan dan cita cita sahaja.

Waktu itu impian aku ingin mempunyai band yang boleh main lagu metal itu sahaja, dan bukan band to get laid.. dengan gaji kecik seperti aku, aku akur dan langsung tidak pernah terfikir untuk bercinta dengan wanita pada waktu itu, yang aku tahu kerja, beli kaset, makan..beli kaset dan terlalu lalai hingga langsung tidak mempunyai akal fikir yang waras  untuk membeli motosikal bagi memudahkan perjalanan ke tempat kerja dan tempat beribadat..Allahuakbar

Semasa aku bekerja sebagai guru KAFA di SK Kidurong, malam harinya aku akan berjemaah di surau dekat dengan rumah pakcik aku di RPR Kidurong, sekarang surau tersebut sudah dinaiktaraf sebagai masjid ( Masjid Darul Mustaqim) dan di penghujung minggu sekiranya tiada program bersama keluarga pakcik aku, aku akan keluar bersama jemaah tabligh dari surau tersebut ke pelbagai bahagian di seluruh Bintulu termasuk Tatau untuk tujuan berdakwah, jadi sekarang apa kaitan cerita aku dengan geng dakwah dan underground? adakah cerita ini telah tersasar? sabar, biar aku cerita satu persatu. Biarlah aku cerita dari A-Z perjalanan kisah ini ok. Sabar itu separuh daripada Iman kawan kawan...

Semasa berkawan dengan geng geng tabligh inilah kisah underground aku bermula, dalam pergerakan tabligh, aku mengenali sahabat bernama Iqbal ( Iqbal D Goathead) dan Najib, semoga Allah SWT merahmati mereka berdua. Dan daripada mereka, aku mula rapat dengan jemaah tabligh Masjid Hidayah, hampir setiap minggu, sahabat aku Najib yang pada waktu itu berada di tingkatan 6 atas akan menjemput aku naik motosikal Honda EX5nya untuk ke masjid Hidayah. Kegiatan aku disana adalah untuk mendengar bayan Maghrib (ceramah) dan mengikuti aktiviti aktivit dakwah dan tabligh. Kenapa aku gemar ke masjid Hidayah? alasannya..bagi aku disana lebih ramai kawan yang tak jauh beza usia berbanding surau yang berhampiran rumah pakcik aku walaupun sebetulnya lebih baik meramaikan jemaah tempat beribadat yang dekat berbanding tempat ibadat yang jauh, betulkan sekiranya aku tersilap di bahagian ini sahabat...

bersambung…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...