Tuesday, August 9, 2011

Perempuan, isteri dan . . . (jalang?)

Beberapa hari lepas aku menonton balik ini filem (akibat kebosanan yang melampau) memang true lah jalan cerita dia, bagi aku filem ni still dalam list filem filem Malaysia yang terbaik bagi aku. aku sebenarnya suka tengok filem filem yang ada ciri ciri kampung dalam setiap cerita, kalo yang moden sangat macam Tron, aku takleh masuk sangat, pening kepala tengok grafik yang terlampau canggih, tapi itu cerita lainla...kesimpulannya aku ada sedikit kurang menonton filem fiksyen sains..




Mengenai filem Perempuan, isteri dan... aku memang mengakui kehebatan Nasir Bilal Khan dalam pembawaan wataknya sebagai seorang suami yang ego dan masuk kategori badass, tapi egonya bertempat kerana terlalu dendam dengan perangai isterinya yang sangat jalang, siap diperdagangkan isterinya pada babak awal cerita, 6 bulan kontrak keja kat disko. Si isterinya pulak satu hal, takleh jumpa ngan lelaki lain, asal jumpa je sudah, teringat babak seorang pemandu lori yang menghantar Zaleha(Sofea Jane) balik dari pekan lepas menonton wayang, percuma je kena belasah oleh orang kampung yang sedang lepak kat simpang jalan, atas alasan bawak bini orang (memang bawak pun), overall Sofea Jane memang berani bawak watak begini pada zaman tu laa.. tahun 1993

Babak yang aku paling suka bila Amir (Nasir Bilal Khan) meludah nasik ke lantai sebab lauknya kurang garam, tambah pulak bila melihat isterinya Zaleha memakai pakaian baru, yang di loan daripada Majid (mamak jual kain) terpaksala si isteri keluar cari garam tengah tengah malam buta, kejam woo

Overall aku memang layan tengok filem ni, my rate for it 4/5, alasannya memang best hingga aku tak angkat dari kerusi

Total bodycount dalam ini filem, 4 orang iaitu
  • Majid (mamak jual kain cum skandal Zaleha, dibunuh oleh Tapa)
  • Tapa, lakonan mantap oleh Zaidi Omar ( Skandal Zaleha,dibunuh oleh Amir)
  • Farid (suami pertama Zaleha, dibunuh oleh Amir)
  • Zaleha (dibunuh oleh Amir)
Total pasangan kena tangkap khalwat, 2 pasangan
  • Amir dan Zaleha
  • Minah dan Bakri (kantoi berendek)
Dan juga banyak diselitkan aksi berpeluh dan berhujan. Ini baru filem!! still boleh fight dengan filem Dalam Botol.





10 comments:

  1. aku xprnh tgk filem ni 100% dari awal smpi abis... slalu tgk sekerat2 je

    dan waktu tu (90s) sofea jane mmg howt~ skrg pun masih howt~ (mcm muka gepren aku kat sekolah dulu)

    ReplyDelete
  2. sama macam Ijau...aku tak pernah betul2 nengok filem ni...

    aku pernah jumpa Sofea Jane depan mata...memang cun melecun...tu jam dia baru kawin...laki dia tu dulu satu company ngan aku...branch kat Indon...tapi dia boss la...tu pasal dapat artis cun melecun...heheh

    ReplyDelete
  3. Ijau,
    ada lagi x gepren ko yang kat sekolah tu?

    berteromber,
    patut tengok sekali harung je cerita ni, memang best skrip dia, aksi mimik muka pelakon pun ngam dengan situasi

    ReplyDelete
  4. aku tengok 2 kali citer ni.. sebelum lisa surihani tangkap cintan kat aku... sofea jane adalah aku punya secret admirer

    ReplyDelete
  5. Sofea Jane rocks! movie skrg tak mcm dulu.

    ReplyDelete
  6. Jairo
    kena tengok berkali kali, baru best hahaha

    Coffee girl
    Sofea Jane the best!!!

    ReplyDelete
  7. dlm movie ni, boleh kah sofea jane disamakan dengan maria ozawa?

    ReplyDelete
  8. Hope buat re-make la movie nih....mesti banyak elemen modern...such as...kantoi rendek via camera phone(3gp)...sms ajak dating and mms slut picture....

    ReplyDelete
  9. kat mana nak download movie ni ya?

    ReplyDelete
  10. aku ada vcd ni, memang cult la citer ni beb. btw tulisan yg bagus bro siap total bodycount/khalwat haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...