Showing posts with label Interview. Show all posts
Showing posts with label Interview. Show all posts

Wednesday, November 9, 2022

Radio Bawah Tanah Sana

Jadi ceritanya, disebabkan writers blocked yang melampau dan tiada apa apa nak diceritakan, beberapa bulan lepas aku telah create sebuah page livestream cakap cakap iaitu Radio Bawah Tanah Sana, tepat semasa aku sedang bercuti disebabkan jangkitan covid 19. Sepanjang bersiaran secara live aku telah menyawancara beberapa personal penggerak scene underground dari Malaysia dan Singapura , so pada malam esok aku dan beberapa kawan kawan dari scene akan menyawancara sebuah band punk dari kajang iaitu Ix Chel, jangan lupa temujanji pada malam esok ok.. oh ya ini adalah link untuk ke page aku tadi 

Radio Bawah Tanah Sana

 

Ix Chel



Saturday, April 2, 2011

Interview Bersama Silence Is Tragic


Orait, ini adalah antara interview aku bersama band Silence is Tragic yang berlangsung kira kira jam 8PM - 10.15 PM malam semalam melalui laman Sosial Facebook, Interview yang berjalan dengan lancar cuma ada delay sedikit sebab connection internet yang tidak menentu dan komitmen lain seperti lapar makan maggi, mak aku telefon dari kampung nak tanya bila nak bayar bil astro dan selingan jeritan member di ruang tamu menonton perlawanan bola West Ham menentang Manchester United yang mana pada akhirnya perlawanan tersebut dimenangi oleh Manchester United..huh!!

Ok berbalik pada interview, mereka ni memang cool, walaupun aku tak sempat melihat secara live mereka perform tempoh hari, tapi aku dapat melihat kesungguhan mereka dalam rakaman video pihak MUUV tempoh hari. FYI, aku dah translate bahasa yang kami gunakan kepada bahasa Malaysia supaya senang korang nak faham ..breeee breeee breeeewwwwwww

Ok Guys, Serba sedikit tentang Silence is Tragic (SIT)

Actually silence is Tragic ditubuhkan pada tahun 2006. dibarisi oleh Robin Noel (Ex-vocal), Ezikel ( Ex-Bassist), Alex dan Raygen

Current Line Up?

Jordan | Vocalist

Raygen | Guitarist,

Daniel | Bassist

Alex | Drummer

Adakah Line up anda sekarang daripada tempat yang sama iaitu Miri ataupun luar dari kawasan Miri

Semua dari Miri

Siapa yang bertanggungjawab dalam penubuhan SIT

Raygen (guitarist) dan Alex (drummer)

Boleh terangkan serba sedikit tentang sound/influence untuk SIT , serta genre muzik yang anda perjuangkan

Sound dan influence lebih kepada band Suicide Silence ( Amerika) our big influence!! dan genre muzik lebih ke arah deathcore breakdown.

Ok, Time Gig/event, adakah SIT membawa lagu sendiri ataupun cover song daripada band band lain

kebelakangan ini kami membawa lagu kami sendiri

Siapa yang terlibat dalam pembikinan lagu/lirik dan arrangement muzik untuk SIT

kami semua berkongsi membuat sesuatu lagu, dan kebanyakan lirik kami dikarang oleh Jordan (vocalist)

Dalam lirik lirik lagu SIT, selalunya berkisarkan tentang apa

Lirik kebanyakannya kepada dendam, dendam kepada pembelot

Kebanyakan line up SIT sekarang mempunyai komitmen seperti belajar/bekerja, jadi adakah ini tidak mengganggu rutin harian SIT sebagai sebuah band, maksud aku, bilamana time practice

Semuanya berjalan lancar, even kami sedang study dan kami still working for our new song coming on , Is Genesis,yang hampir siap dengan sempurna

Kekerapan Band ini practice

perjumpaan once a week, sebab still working dengan lagu

Sepanjang 5 tahun bersama SIT , apakah event yang yang paling happening pernah dilalui

Event yang paling best ialah di Telang Usang (Miri) , sebab crowd gila babeng!!, supporting habis, iaitu semasa gig yang dianjurkan oleh Falling Farewell , pada hujung tahun lepas (2010)Really totally crazy crowd, FYI band Falling Farewell juga berasal daripada Miri

Perancangan SIT untuk tahun 2011 dan tahun tahun yang akan datang

Kami akan lebih banyak buat lagu, dan akan membuat T-shirt sendiri untuk promote band kami

siapa yang mencipta logo SIT

Logo dicipta oleh Jordan

Adakah SIT pernah perform di luar selain dari miri? dan adakah undangan terbaru setakat ini

Belum, setakat ini hanya di Miri dan yang terkini kami perform di Bintulu ( Shout it out loud gig)

Adakah line up anda mempunyai sebarang projek band selain dari SIT

buat masa sekarang belum lagi, maybe pada masa akan datang

Antara band yang pernah berkongsi stage dengan SIT

Cannibal Landlord, Falling Funeral, BTS, Undead Feast, Zombie Leads To Car Crash

Adakah SIT akan terus dengan konsep Deathcore di masa akan datang

maybe akan diteruskan, atau maybe di upgrade ke genre yang lain, Death metal misalnya. kita akan cuba

Final Shout out for borneo scenester outhere

We all will rise under 1 roof and support each others


Ok, untuk mengetahui lebih lanjut tentang Silence Is Tragic bolehla menghubungi mereka di laman Facebook Silence Is Tragic

untuk demo pula boleh klik di sini>>>>> Silence is Tragic demo


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...