Berdiri, duduk, semua tak kena, sorang pakcik berbangsa cina datang ke arah aku mintak nombor, bukan nombor ekor, tapi nombor giliran untuk menanti giliran sebelum dipanggil di kaunter perkhidmatan Digi, mungkin untuk bayar bil atau memutuskan talian silaturrahim dengan Digi yang perkhidmatannya begitu hampeh pada waktu itu, yakni di tahun 1999.
Tahun yang sama aku menggalas tugas penting sebagai sekuriti guard selepas mendapat keputusan SPM yang cukup makan sahaja, malah aku juga gagal mara ke peringkat seterusnya dengan kumpulan rock yang pernah aku ceburi bersama penduduk kampung Sessang pada ketika itu.
"tu la.. suruh belajar malas, angkut gitar sana sini tengah malam baru balik" antara ayat rutin yang keluar dari mulut mak aku yang sangat inginkan anak anak nya berjaya, tapi aku selambe kering je membujur lalu, sebiji pasu bunga kat tepi rumah disepak tanda protes, walhal takde benda yang sensitif sangat pun sampai nak main sepak sepak pasu, jiwa muda la katakan, darah cepat panas! Jauh di sudut hati keringku, aku nekad untuk cari kerja, keluar dari lingkungan ibu bapa, lagu born to be wild menghiasi suasana.
Aku berhijrah ke Sibu, disana aku jumpa kawan kawan lama, petang petang turun main skateboard dan lepak tak tentu hala. Hinggalah pada suatu hari aku di offer oleh kawan bapak aku untuk bekerja, sebagai sekuriti, aku ambil saja, bukan senang nak carik kerja dewasa nih
Tugas pertama, aku diberi baju warna coklat dan seluar slack hitam, rambut terpaksa aku potong pendek, fesyen rambut seorang lawyer. aku nampak gagah perkasa dengan pakaian seragamku, awal pagi buka pagar sorong tarik naik ke atas , petangnya pula tutup pagar sorong turun ke bawah, lepas tu duduk borak borak depan pejabat hinggalah shift bekerja habis pukul 7 malam, begitula rutin aku selama bekerja dengan syarikat sekuriti, malu biar letak ke tepi, bukannya aku mencuri, aku bekerja dengan cara yang halal.
Pakcik berbangsa cina tadi terkejut bila nombornya sudah naik kat monitor LED, aku terus membuka pintu untuk pelanggan yang lain dengan wajah penuh senyum. Hari yang indah berlalu pergi.
TAMMAT
aku dulu kerja kilang kulit lembu lepas SPM. Bau badan semua orang lari tak nak dekat.
ReplyDeleteLepas juga duit buat jamming, gig dan prepare demo Langsuir.
aku masa tunggu SPM kerja kat kilang buat kuih bulan...mula2 kena bahagian dapur...panas giler berminyak muka...masuk sebulan supervisor suh buat bahagian packaging...ni best...air-cond...kerja sambil duduk dan banyak awek...heheh..
ReplyDeleteaku dulu keja parttime kat McD dengan gaji RM3.50 sejam, pakai bayar belanja di KL, duit loan dan MBF tak cukup... sikhal, halal bah, duit dikpun nak.
ReplyDeleteDr. Ben,
ReplyDeletemasa tu gerenti syok dapat duit pertama kerja kan haha
Berteromber,
masa lepas SPM la baru kenal bercinta haha, banyak kenangan woo.. zaman selepas SPM mengubah segalanya
Coffee Girl, besarnya mun rm3.5 sejam, kinek tok kfc Bintulu mun sik salah baru rm2.8o/jam, tapi KL kan, sara hidup tinggi melambung, best time in my life is lepas SPM!