Sunday, September 19, 2010

Apek Bayat ( berdasarkan kisah bulak tapi serius )

1980

Aku dilahirkan di sebuah klinik kerajaan di Sibu, bapakku kerja coolie di wharf ekspress Kapit, munggah barang barang muatan nait ngan turun tongkang serta ekspres tut tut. Zaman kecik ku nang abis beridup di Hua Kiew Lane, tempat keramat di Sibu, penuh dengan orang orang Cina, Iban ngan orang orang tempatan, tapi semua bersatu hati, kamek orang yang tinggal di sia bukan orang berasal dari Sibu, tapi ada nok datang dari jauh sejauh Kalimantan Indonesia. Semua nok berimpian besar pada masa ya nang ingin nak beridup di kota Sibu, tapi harapan tinggallah harapan, siapa nok benar benar rasa nak idup jak nok mampu survive dalam keadaan bandar nok tengah membangun serta semakin sesak.

Bapakku kerja kais pagi makan pagi, kadang kadang bila malam kamek orang sik makan, adik beradik ramei, bukan senang nak mengidupkan 8 orang anak dalam keadaan nok sedia kekurangan, mak aku ngambik upah cuci rumah orang, pun sik cukup juak pakei menampung perbelanjaan rumah. rumah pun bukannya rumah gilak, diam dibah rumah dalam bilit yang cukup pakei tempat bermasak, gurin merehatkan badan, tempat abang ngan kakakku belajar, bermain..camyalah kehidupan kamek orang sekeluarga berhari hari sampei aku masuk ke sekolah. Dalam keadaan serba daif, aku nang makei baju, seluar bekas abangku, abangku nak 5 orang ya semua dah berenti sekolah, paling tinggi pun sekolah setakat darjah 3. Sebab keluargaku sik mampu seperti sedia maklum. Kakakku jak ada pandei sikit, habis darjah 6. Ya pun sik pandei membaca ngan menulis, sekadar amik sijil jak sekolah.

1995

15 tahun berlalu, aku pun dah lamak berenti sekolah, bapakku dekat 4 tahun dah ninggal, sebab kanser paru paru, doktor madah bapak terlalu kuat merokok serta minum arak, dahla keadaan sik ada duit, bapak terpaksa dikubur tanpa upacara pengebumian nok sempurna, sikda makan arwah, sikda orang datang ngabas masa nya sakit, semua diuruskan oleh pihak hospital, nang daif aku rasa pada masa ya, tapi apalah kudrat aku, aku fikir bapak tidur, paduhal bapak tidur terus ke alam baqa . . . mak redha, bapak sik ada ninggalkan apa apa peninggalan untuk kamek orang sekeluarga, cuma kenangan manis serta harapan nok perlu disambung oleh anak anak nok masih merayap untuk hidup.

Berumur 15 tahun memang banyak dugaan, mun nanggar remaja lain nak sebaya memang rasa cemburu, memang lumrah manusia cemburu nanggar kejayaan orang lain, aku pun sik terlepas dari perasaan ya, aku selalu lepak depan sekolah Methodist, nangga anak anak orang berada pergi ngan balit sekolah, sedang miak sebaya aku tekun encarik pemandei dari buku, aku tekun belajar mencuri dari Ah Chai, anak jiran ku nak kerja mekanik di sebuah workshop di Lychee Lane, aku molah kerja keras, malam aku kerja jual result nombor ekor di jalanraya sekitar bandar, sampeilah pada suatu hari, Ah Chai nyuruh ku molah sigek kerja nak akan mengubah nasib aku sampei aku pun sik tauk apa nak madah gik, semua akan tunggang terbalit selepas tok.

November 1996

Malam ya hujan rintis rintis, laut pun bergelora kata dalam radio. Aku, Jimbai dengan Ah Chai, berkumpul di belakang Tanahmas Hotel, bebekal parang babi, beberapa batang gelebar, kamek orang merancang mok merompak barang barang di market lamak, semua ditur dengan teliti, plan A, B ngan C semua dimemorised dalam palak, sikda nangga belakang agik, malam ya kamek orang dengan jaya, mencuri beberapa guni pusu. Kejayaan ya hasil dari kesusahan hidup nok maksima, awal pagi esoknya pusuk pusuk ya kamek orang edar ke kedei kedei di Lanang, masa ya Kg. Usaha Jaya masih ada, berebutlah orang mauk beli, kedungnya murah, tapi di market lamak, tauke tauke ikan kerin, bingung, macamni barang barang sidak boleh hilang, nasiblah, sapa nyuruh terlalu kapitalis.

Malam ya juak kamek orang belajar mabuk mabuk . . .


bersambung . . .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...