Kadir marah, memberontak..tiba tiba Kadir menendang segi meja yang berada di depannya..dupp!!"adoh!!jahanam ko meja!!" gertak Kadir, kerut di dahi Kadir menampakkan kesakitan yang sedang dialaminya. Sudah dua minggu keadaan Kadir begitu, angkara kecurangan Sabrina, Kadir yang menjadi mangsa.
Sabrina, anak seorang peruncit dikampungnya sering menjadi sebutan para pemuda dikampung, pekan dan daerah yang berhampiran kerana kejelitaannya yang tidak terkalahkan. Bukan sahaja pemuda yang angau dengan keayuannya, malah yang dah tua pun masih menyebut nyebut namanya, pernah pada suatu ketika seorang bekas penghulu menyebut nama Sabrina ketika dia hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Ahh!!Kadir tu memang macam tu Demang..engkau yang mendidiknya jadi begitu" kata Omar kepada Demang, bapa Kadir. Sambil menyedut rokok Gold Flake ditangannya, Demang merenung jauh kata kata yang telah Omar bisikkan kepadanya sebentar tadi, kedut tua di perutnya berkocak kocak, dia mendapat perut yang sebuncit itu pada masa mudanya, Demang adalah jaguh, jaguh peminum arak di kampungnya. Siapa yang tidak kenal akan kehandalan Demang, Demang juga penyabung ayam yang berkaliber...
bersambung...
No comments:
Post a Comment